View: 2791|Reply: 4
|
Tunisia 'hilang' 1.5 tan emas
[Copy link]
|
|
Tunisia 'hilang' 1.5 tan emas
2011/01/21LONDON: Pihak berkuasa simpanan emas negara Tunisia kehilangan sejumlah 1.5 tan emas, menurut satu badan mengenai simpanan emas dunia sekali gus menamatkan skepulasi bahawa ia perbuatan bekas Presiden dan isterinya.
Tunisia mempunyai simpaman 6.8 tan emas pada Disember, iaitu satu paras yang mampu mengimbangi kadar tukaran sekurang-kurangnya sedekad, menurut laporan Majlis Emas Dunia (WGC) dalam edisi online.
WGC sering menerbitkan statistik mengenai simpanan emas dunia dan menjadi badan yang diiktiraf dalam sektor itu.
Bank Pusat Tunisia minggu ini berkata, pihaknya menahan pengaliran kira-kira 5.3 tan emas tetapi menafikan laporan bahawa bekas presiden, Zine El Abidine Ben Ali adalah pihak yang bertanggungjawab membuat pemindahan emas itu.
Nilai emas berkenaan menjangkau 45 juta Euro (AS$60 juta).
Menurut laporan perisik Perancis yang memetik laporan akhbar harian perancis, Le Monde, Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi sudah ke bank dan bertindak membawa keluar emas berkenaan.
Gabenor bank berkenaan dikatakan enggan membenarkan pemindahan itu tetapi dia menerima tekanan daripada Ben Ali dan laporan stesen tv Perancis, TV TF1 berkata emas itu dipindahkan hujung Disember lalu.
Ben Ali dan isterinya dilaporkan meninggalkan negara dan kini berada di Arab Saudi selepas demonstrasi besar-besar rakyat Tusnia terhadap pentadbirannya kuku besi dan rasuah, minggu lalu. -AFP |
|
|
|
|
|
|
|
perghhh emas 1 lori........... kalau la bawa ngan lori pastu terbalik......... sedangkan duit syiling rm75k berebut cam pesta inikan pula emas.......... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku kayaaa!! |
|
|
|
|
|
|
|
bila bikmama nan bijan nak kena mcm ben10 ni |
|
|
|
|
|
|
|
hilang cmtu je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|