View: 2759|Reply: 9
|
Paris Hilton Kecewa Netizen Ejek Kepala Anak
[Copy link]
|
|
Selebriti Paris Hilton dilihat sudah hilang sabar selepas gambar terbaharu bersama anak lelakinya berusia lapan bulan iaitu Phoenix Barron dihujani komen melampau daripada netizen.
Paris berkata dia tidak boleh menerima komen ditulis itu dan berasa sakit hati apabila penampilan fizikal bayi itu dijadikan bahan hinaan.
"Menjalani kehidupan dalam perhatian, komen tidak dapat dielakkan, tetapi menyasarkan anak saya, atau orang lain dalam hal itu, tidak boleh diterima.
"Ini menyakitkan hati saya yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.
"Saya telah bekerja keras untuk memupuk persekitaran yang mementingkan kasih sayang, rasa hormat dan saya mengharapkan perkara yang sama sebagai balasan," katanya.
Tambah Paris dia berharap netizen mempunyai sifat empati sebelum berkata-kata mengenai anaknya itu.
Sebelum itu, ada netizen tergamak mempersendakan wajah anak Phoenix susulan kepalanya yang besar berbanding tubuh.
Komen ditulis itu mengundang pelbagai reaksi peminat sehinggakan ada yang meminta Phoenix tidak lagi mendedahkan anaknya itu kepada umum.
Untuk rekod, Paris mendirikan rumah tangga bersama Carter Reum pada 11 November 2021 dalam sebuah majlis yang diadakan di estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat.
Pada Januari lalu, Paris berkongsi khabar berita telah bergelar seorang ibu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya padahal baby tu comey ja pun |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya dah tentu2 la anak si paris ni jumpa doctor yg bukan calang2. Mesti doctor dah suggest treatment kalau suspicious. Memang ada budak yg kepala dia besar tapi normal, bukan hydrocephalus |
|
|
|
|
|
|
|
Her child is cute but get the child checked. |
|
|
|
|
|
|
|
eiii geramnyaaa comel sgt baby. kaki buli dgn bdk2 pun nk mngata. loser. Pdahal bdk tu hdup pun dlm dulang emas. pembuli kais pagi mkn pagi |
|
|
|
|
|
|
|
sukati je nak mengata kepala anak orang...budak tu baby lagi pun harta dah berkoyan, korang yang ngata u apa ada? haih...dgn budak pun nak buli |
|
|
|
|
|
|
|
comel kot.. benda lahh dorang yg kecam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bile masa dia ni ngandung |
|
|
|
|
|
|
| |
|