View: 3381|Reply: 9
|
Dah Puas Bawa Watak Budak Sekolah! Ezzrin Loy Kini Memilih, Hanya Terima Watak Dewasa
[Copy link]
|
|
Ezzrin Loy kini lebih selektif memilih watak lakonannya di dalam sesebuah karya.
Ezzrin dah tak nak lagi memegang watak sebagai budak sekolah memandangkan sudah puas melakonkan karakter sedemikian sebelum ini.
Foto: IG
"Sebenarnya saya dalam industri sejak usia lapan tahun tapi kebanyakkan watak saya dahulu budak-budak.
"Tapi apabila usia dah masuk 20 tahun... dapat pula watak budak sekolah saya rasa macam apa saya buat dekat sini.
"Sebab saya rasa daripada dulu saya bawa watak budak sekolah sahaja selama 12 tahun," katanya kepada mStar.
Gara-gara terlalu banyak memegang watak budak sekolah membuatkan dia mula berasa kurang berminat untuk berlakon dan memilih untuk berehat seketika dan mendekati watak yang lebih dewasa.
"Jadinya ia buat saya mula kurang minat dengan lakonan. Saya rasa kalau saya nak terlibat sebagai seorang pelakon saya perlukan masa untuk berehat sekejap dan belajar balik.
"Bagi saya bawa watak budak sekolah berbeza dengan watak orang besar... sebab itu saya perlahan-lahan meneroka dunia lakonan sebagai orang dewasa.
"Sebab itulah saya mula keluar dengan watak budak kolej... dan takkan ambil watak budak sekolah," ujarnya.
Dalam pada itu, Ezzrin berkata dia juga mungkin menolak tawaran kurang sesuai dengan jiwanya kerana bimbang tidak mampu menghayati watak berkenaan.
"Ada juga tawaran yang saya tolak kerana saya rasa ia tidak sesuai dengan saya... kalau diberi watak sebagai pemain muzik saya tidak ke arah itu.
"Jadi saya rasa kalau watak itu tak berkait dengan saya ia jadi susah nak bawa... sebab tak ada jiwanya.
"Tapi Alhamdulillah saya sudah mula kembali berlakon sekarang ini," luahnya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa lakonan pertama Awdy Ashraf sebagai orang dewasa? Boleh contohi dia |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac: Apa lakonan pertama Awdy Ashra ... dia nak ke bwk watak2 yg aedy bwk dulu. Watak dia dulu as an adult bnyk yg jahat,kampung,rempit2 gitu.comot2 tak hansem. Skrg baru lah elok. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi muka dia memang muka budak2 sekolah. Tak leh bayang camne kalau dia jadi hero2 keje opis. Or mamat2 kampung rempit2. Tak sesuai dik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ex bf ain edruce..mcm mnalh si ezrin ni boleh bercinta dgn ain dulu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Byk ke tawaran ko dpt dik..
Jujue je la x laku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahman86 replied at 3-11-2023 07:14 PM
Ex bf ain edruce..mcm mnalh si ezrin ni boleh bercinta dgn ain dulu ye
Lepas ain dia bercinta dengan rita nadira, lepastu sekarang dengan sharifah rose. Haa semua awek cun dia sambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi muka ko mcm gabungan black hanafiah dengan achey jer pun...
Inchi cukup tak dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
suara kau pun kepit macam ex rita rud ada hati nak memilih watak hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kerja ape je ye skrng
berlakon pon jarang je aku tgok |
|
|
|
|
|
|
| |
|