CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8560|Reply: 54

Isteri Raja Afiq Dulu Polis Sekarang Pramugari, Tak Halang Tukar Kerjaya

[Copy link]
Post time 3-11-2023 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Raja Afiq tidak pernah melarang keputusan isterinya, Soffwany Yusoff yang memilih untuk berhenti kerja sebagai anggota polis demi mengejar cita-cita sebagai pramugari.


Afiq berkata, isterinya itu sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pramugari dan akhirnya berjaya menggapai impian itu.






"Saya sokong apa saja yang dia minat. Dia memang pernah beritahu nak jadi pramugari sebelum ini, tapi disebabkan dia berasal dari Taiping, Perak dan sukar untuk dia datang ke Kuala Lumpur untuk hadiri temu duga ketika zaman mudanya.


"Selepas hampir 15 tahun dia bertugas sebagai anggota polis, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulillah selepas percubaan pertamanya menghadiri temuduga di Malaysia Airlines, dia dipilih untuk menjalani latihan.


"Walaupun kerjaya sebelum ini sudah menjamin hidupnya, tapi bagi saya kita hidup hanya sekali dan tak salah untuk dia menukar kerjaya baharu kerana rezeki ada di mana-mana,"katanya.


Menurut Afiq, tidak menjadi satu masalah apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya yang kini memilih kerjaya di awan biru.


  



"Setakat ini saya tengok jadual penerbangannya tidak padat. Cuma dalam seminggu hanya satu atau dua hari saja dia kena bermalam di lokasi terakhir penerbangannya.


"Jadi, tidaklah terlalu lama dia tinggalkan rumah. Semalam saya berpeluang menghadiri hari pelantikannya sebagai pramugari dan saya tumpang gembira,"katanya.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2020 di sebuah masjid di Shah Alam, Selangor.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi minat katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ooooo dah berkhidmat 15 tahun.. pencen pilihan la ni gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:19 PM | Show all posts
shahirakay replied at 3-11-2023 09:12 PM
ooooo dah berkhidmat 15 tahun.. pencen pilihan la ni gamaknya

letak jawatan bukan pencen pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa gak wife dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut tu wig ke ori?
Dr dulu aku curious.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh jap..bukan ke stewardess nih kena yg bujang bujang je...wife dia ni mcmana leh dpt stewardess...
MAS pulak tu...btw umur wifenya brp
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nama bini dia pernah viral ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur berapa ni keje dah 15 tahun
MAS berapa max limit yah..mau disuapin dong malas gugel
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa Umur wife dia ni.
Dah 15 tahun berkhidmat polis.
Dulu pun pernah belajar di Aswara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bila masa sheols buka tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi menanggung biawak hidup. Kena lah cari kerja yg gaji besar sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 3-11-2023 10:34 PM
Demi menanggung biawak hidup. Kena lah cari kerja yg gaji besar sikit.

Raja afiq ni bukan ke pekerja am kat bank? Ke aku silap org ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
15 tahun keja polis...sayang ooooo...mesti dah blh naik jawatan ooo.. rugi nya lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh tukor uniform je ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 3-11-2023 03:02 PM
15 tahun keja polis...sayang ooooo...mesti dah blh naik jawatan ooo.. rugi nya lah

Kawan saya suami isteri kerja polis, diorang kata nak naik pangkat susah sikit lah. Last² diorang pilih untuk bersara awal.

Ada sesiapa forumer polis di sini? Betul ke susah nak naik pangkat?

Betullah juga, rezeki masing².

Dan kalau kita kerja tapi tak minat dengan kerja yang kita buat tu, payah juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 4-11-2023 12:06 AM
Kawan saya suami isteri kerja polis, diorang kata nak naik pangkat susah sikit lah. Last² diorang ...

Sekarang dah ade time based. Kerja sekian² tahun dari konstabel naik lans koperal lepastu naik koperal pulak. Tapi ade limit juga la. Kalau Spm paling tinggi pun sub inspektor kot. Sebab inspektor kena ada degree.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 4-11-2023 12:06 AM
Kawan saya suami isteri kerja polis, diorang kata nak naik pangkat susah sikit lah. Last² diorang ...

Betul la tu susah nk naik. Ade yg 20 tahun keje masih pangkat ASP
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Xleh blah statement.bkn dia resign polis sbb nk try jd artis ke?sudahnya jd pramusaji awan je…ke tu penpuan lain yg aku terbaca.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki wany ni seumur hidup dia dah 3 kali tukar  keje dari polis, pelakon ke pramugari pula. Risk taker ni bukan semua org sanggup ambil risiko tukar2 keje. Iols bersyukur dgn keja skg sebab minat dan sedar diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058478 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list