View: 3714|Reply: 27
|
"Masak Sarapan Untuk Suami Pun Tunjuk Di Media Sosial," Siti Saleha Bukan Orang Begitu
[Copy link]
|
|
Siti Saleha sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial.
"Kalau saya nak muat naik sesuatu dalam media sosial, saya akan tanya orang dulu. Saya akan fikir dua tiga kali.
Foto: IG
"Ada orang dia nak kekal relevan dalam industri, media sosial adalah sebahagian daripada platform tapi saya tidak suka menggunakan publisiti murahan. Itu bukan cara saya. Kalau guna sedikit publisiti itu pun janganlah secara berlebih-lebihan. Biarlah berpada-pada," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Saleha atau Sally, media sosial juga disifatkan sebagai medium yang berbahaya kerana sekiranya dia hilang dari radar buat seketika waktu, kelibatnya sudah mula dicari pengikut.
"Saya hilang seminggu dari media sosial peminat sudah tanya macam-macam. Kadang-kadang selebriti juga perlu tempoh bertenang. Tapi saya faham orang ramai prihatin sebab kita orang dikenali.
"Kalau nak kongsi perihal berkaitan kerja, saya tiada masalah tapi kalau setiap benda nak 'post' dalam media sosial atau bangkitkan isu sensasi, itu bukan saya dalam kehidupan sebenar," katanya kepada Harian Metro.
Membawa watak Sofi dalam siri itu, Sally mengakui watak itu bercanggah dengan personaliti dirinya dalam penggunaan media sosial. Bagaimanapun, dia sedaya-upaya melunaskan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
"Sofi adalah seorang usahawan yang sangat berjaya dan dia sangat bergantung kepada media sosial.
"Bagi saya sebagai Siti Saleha, media sosial memang penting tapi kena berjaga-jagalah sebab macam saya cakap, saya bukan Sofi dan tidak 'daring' seperti dia.
"Watak Sofi ini dia sesuka hati saja muat naik hantaran dan fikir akibatnya kemudian hari. Malah ada babak yang dia masak sarapan untuk suami pun, semua benda dia tunjuk di media sosial. Saya bukan begitu," katanya.
Selain Sally, That Cover Girl turut dibintangi Hisyam Hamid sebagai Arif, Aiman Hakim Ridza (Darius) dan Alicia Amin (Laila).
Siri itu mengisahkan seorang wanita dengan imej muslimah moden bernama Sofi yang mengusahakan perniagaan dan berdepan pelbagai cabaran dan risiko terutama membabitkan empayar perniagaan fesyennya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sheols ni, ekslusif. Bukan mcm sesetengah retis sangkak, sampai ubat kuat pun review |
|
|
|
|
|
|
|
Actually,
dari mana asal usul nick Sally who sheols? |
|
|
|
|
|
|
|
mOGA sOEB DAN wATITEK TERASA.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Yassss Leha. Stay classy!
Mohon retis lain terasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 7-11-2023 09:39 AM
Iols pun tak suka retis buat socmed dia mcm rojak.
Jenis tak jaga feed tu biar cantik, biar tersusun gambar yg sama tone.
Iols yg bkn retis pun siap ada satu ig khas(private takde follower)tuk post dulu gambar kat situ kalau nampk ok baru post kt ig yg utama.
Goreng ikan pun post kt ig pastu dgn caption panjang2
Duk humblebrag dlm masa sama sindir2 org.
Ig korang tu patutnya portfolio korang bknnya jd diari semua menda nak sumbat kat situ. Nk post hal personal buat ig lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak nak rosakkan feed IG post jela kat story |
|
|
|
|
|
|
|
Pam susu pun share dekat media sosial.
Dimanakah kemaluan anda?? |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai tempoh hari pun elok aje beritahu kat awam (bukan secara rahsia).. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 7-11-2023 09:37 AM
Iols pun tak suka retis buat socmed dia mcm rojak.
Jenis tak jaga feed tu biar cantik, biar tersusun ...
Tengok feed dato ctdk. Hahaha macam pasar malam. Semak betul dah macam rojak
Feed daiyan n zahirah kemas je. Aku suka |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 7-11-2023 10:31 AM
Tengok feed dato ctdk. Hahaha macam pasar malam. Semak betul dah macam rojak
Feed daiyan n ...
Padahal tokti tu retis no syatu kot tp acik2 kepam mmg suka je bila retis suka masak2, suka post pasal anak2, pakai baju buruk2, post gambo tak mekap mmg dorang suka dan puji2.
Hari2 cite masak bekal apa kat anak, komen2 isu semasa bagai.
Jaga la imej tu, seeloknya post pasal apa yg berkaitan ngn kerjaya kamu je kalau pun nak post gambar ngn family ke apa tp pastikanlah gambar dan video nampak profesional,classy, estetek bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berani2 chuolls carut feed artis bernombor negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cantik. Tapi kenapa dia cerai dulu yee |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dengan bf dia selalu bercuti overseas takde pula orang mengata. |
|
|
|
|
|
|
|
GegarVaganja replied at 7-11-2023 12:30 PM
Berani2 chuolls carut feed artis bernombor negara.
Feed sheols tak tersusun. Sama mcm cheta dgn nora danish
Tetiga aku blocked weyhh. Sakit mata aku tengok.
Tapi paling ketara ctdk nyeee feed. Xsusun
langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 7-11-2023 11:05 AM
Padahal tokti tu retis no syatu kot tp acik2 kepam mmg suka je bila retis suka masak2, suka post p ...
Bolee je u nk post gambar anak2. but feed retis bernombo kejap gambar shopee, esok gambar afwa, pastuh bubuh gambar selfie, tetiba gambar produk
dgn tak ekstetik nya. Aku terus blocked sheols. bukan tak suka. tapi sakit mata nengok nye |
|
|
|
|
|
|
|
iols suka saleha ni wpun menyeksi boleh tahan. maybe dia buat hal dia je, tak perasan bagus so seksi tu tolak tepi gitu iols bias.
cuma aritu la keluar statement couple dgn mixed lagi mudah sbb sesama kaum kekdahnya mcm puihhh laa. tp i tetap suka chuols blakon |
|
|
|
|
|
|
|
dari gosip-gosip yg iols baca, katanya ex-laki panas baran. Tp Sally tak pernah bgtau pun punca cerai.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada sekor budak tik tok yang makeup2 tu awat la guna nama sally who jugak
geli tgk
yang gemok2 lepas bersalin tu
sapa tah |
|
|
|
|
|
|
|
bukan_ustazah replied at 7-11-2023 12:55 PM
Dia dengan bf dia selalu bercuti overseas takde pula orang mengata.
Masa belum kawin dgn ex yg 1st dulu pum siap hadiri resepsi kawan kt mexico.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|