Melihat pengunaan media sosial yang terlampau ekstrem dalam kalangan netizen sekarang ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengambil penekanan untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap hantaran di media sosial.
Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata meskipun berjaga-jaga namun dia masih menjadi dirinya sendiri dan tidak bersikap berpura-pura demi meraih perhatian netizen.
“Zaman saya adalah zaman surat khabar dan tidak ada media sosial ni tapi sekarang dah berubah, jadi artis kena lebih berhati-hati... tak kisah siapa sekali pun kena juga berhati-hati.
“Sebab berita anda hanya di hujung jari jadi apa saja yang dilakukan pasti akan di rakam.
“Saya juga memang berhati-hati di media sosial bagi menjaga nama dan walaupun berjaga-jaga tapi saya tetap menjadi diri sendiri malah tetap teruskan kehidupan seperti biasa cumanya kena ada batas dalam perkongsian saja,” kata Fizz.
Sumber: mStar
|