|
New Delhi: Hukuman kerana bercinta dengan lelaki yang beragama lain, seorang bapa tergamak memukul anaknya, seorang remaja perempuan berusia 14 menggunakan joran dan dipaksa menelan racun perosak.
The Indian Express melaporkan, perbuatan kejam bapanya itu mengakibatkan remaja itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada Selasa.
Walaupun banyak laporan mencadangkan kematian remaja perempuan berusia 14 tahun itu sebagai 'pembunuhan demi kehormatan', polis enggan menerima sudut pandangan itu.
Gambar Hiasan
Pegawai kanan polis, Ernakulam berkata, bapa mangsa adalah 'ortodoks' dan memiliki 'ciri-ciri pelik.'
Katanya, suspek melarang anak perempuannya menggunakan telefon untuk berkomunikasi dengan lelaki berusia 16 tahun yang didakwanya dicintai anaknya itu.
"ada 29 Oktober apabila suspek mendapati bahawa mangsa berhubung dengan seorang lelaki melalui telefon, suspek secara fizikal menyerang mangsa.
"Suspek kemudian memberikan sebotol racun perosak dan memaksa mangsa menelan racun itu. Kejadian tragis berkenaan disaksikan ibu mangsa," katanya.
Menurutnya, susulan mangsa meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital, tuduhan terhadap suspek ditukar daripada cubaan membunuh kepada tuduhan membunuh.
Pegawai polis itu berkata, prosiding inkues juga sudah dimulakan dan pihaknya akan memfailkan kertas pertuduhan dalam kes itu tidak lama lagi.
Polis mengesahkan lelaki yang dihubungi mangsa melalui telefon itu menganut agama berbeza, tetapi berkata, tiada maklumat untuk menunjukkan bahawa ia punca kejadian.
Mangsa dan lelaki yang dikatakan dicintainya itu belajar di sekolah yang sama. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|