View: 3821|Reply: 32
|
Cleopatra Putuskan Hubungan Dengan Rakan Kongsi 3 Negara, Lepaskan Projek Besar Demi Palestin
[Copy link]
|
|
Tanda solidariti buat Palestin, ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra memutuskan hubungan dengan rakan kongsi dari tiga negara.
Menurut calon bebas bagi kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu, kehilangan rakan kongsi tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan mangsa-mangsa penindasan dan kekejaman Israel.
Foto: IG
"Keputusan saya untuk memutuskan hubungan rakan kongsi, terutamanya dengan beberapa negara, adalah cara saya untuk menunjukkan sokongan teguh saya demi Palestin.
"Kehilangan rakan kongsi, peluang, malah perniagaan tidak akan pernah melebihi nilai kehilangan nyawa akibat penindasan ini.
"Kita perlu ingat bahawa dalam skema besar kehidupan, kemanusiaan dan kasih sayang jauh lebih berharga daripada mana-mana rakan kongsi atau perniagaan," katanya kepada mStar.
Tambahnya dia sebenarnya telah berada di peringkat rundingan, namun tegas dengan keputusannya untuk menamatkan hubungan perniagaan yang lumayan itu.
"Tiga negara dah 'lompat' lepas saya hantar surat withdrawal dari partnership. Dengan jujurnya, saya telah kehilangan peluang perniagaan yang besar.
"Saya sudah berada dalam peringkat perbincangan lanjutan tentang penyertaan syarikat saya dalam DSA (18th Defence Services Asia) Exhibition and Conference dan NATSEC 2024 yang dijadualkan pada 6 hingga 9 Mei 2024.
"Tiga negara sedang mengejar saya selepas keputusan saya kelmarin. Namun, adalah penting untuk sedar bahawa tiada keputusan perniagaan yang boleh mengganti nyawa yang telah hilang di Palestin," ujarnya lagi.
Cleopatra sebagai ibu kepada dua cahaya mata turut menzahirkan rasa simpati atas nasib malang rakyat Palestin, khususnya bayi-bayi tak berdosa yang maut akibat kekejaman tentera Israel.
Cleopatra turut menyeru orang ramai untuk bersatu hati menentang penindasan Israel, termasuklah dalam usaha boikot serta menamatkan hubungan dengan negara-negara yang berpotensi menyokong Israel.
"Adalah memilukan untuk menyaksikan kehilangan nyawa yang tidak bersalah, terutamanya kanak-kanak, dalam sebarang konflik. Setiap kanak-kanak mewakili harapan, potensi, dan masa depan negara yang sepatutnya dipenuhi dengan gelak tawa dan impian.
Rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh buat pembebasan Palestin daripada cengkaman rejim zionis Israel. -Gambar hiasan
"Dengan berkongsi kisah mereka seperti apa saya buat hari ini InsyaAllah dengan mengetengahkan impak konflik ke atas kanak-kanak, dan menyokong pertubuhan yang berusaha melindungi hak mereka, kita boleh mencipta komuniti global yang bersatu menentang tragedi seperti ini.
"Marilah kita bersatu dalam komitmen untuk memastikan setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang mereka, dapat membesar dalam keadaan selamat, dengan peluang untuk berkembang. Call for ceasefire.
"Jangan hanya memboikot produk mereka, tetapi juga memutuskan semua rakan kongsi dengan negara-negara tersebut," ujarnya lagi. -CARI
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apo bisnes Cleo ni buat ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nama mak bapak bagi |
|
|
|
|
|
|
|
dia bisnes apa smp join DSA?
jual senjata ker? |
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion: sedap nama mak bapak bagi
Tu la pasal.dia ntah tau ke tidak cleopatra tu apa |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pedoq |
|
|
|
|
|
|
|
bisnes apa ni? bagi pencerahan sikit cleo oi |
|
|
|
|
|
|
|
ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan company dia tu company proxy ke |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal fake namatey muka dia
Sheol boleh speaking ke? Sbb dia taip english mcm wowwwzerr |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut aku tengok gambo kat main page thread.. lawa kan dulu2 dia ni..
Apsal skali pandang mcm muka pondan, dua kali pandang mcm rupa ikan |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 8-11-2023 02:35 PM
drone rasanya
bukan ringing vibrator ke pan? |
|
|
|
|
|
|
|
dio5774 replied at 8-11-2023 02:40 PM
Tu la pasal.dia ntah tau ke tidak cleopatra tu apa
cleopatra tu salah satu jenis apam |
|
|
|
|
|
|
|
Amende la English sheols, choooiiiii sapa karang surat kau tuh?! |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-11-2023 04:03 PM
ori ke muka dia?
Sah2 tak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|