CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6425|Reply: 108

Peti Sejuk Berdaki Usang, Beg Sekolah Anak Putus Ikat Guna Tali Rafia- Nasib 10 Beranak Undang Sebak

[Copy link]
Post time 8-11-2023 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Pintu yang sudah tercabut,luar berdaki namun sebuah peti sejuk dalam keadaan usang masih digunakan sebuah keluarga.


“Beginilah keadaan peti ais untuk menyimpan makanan mereka 10 sekeluarga,” menurut badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @tvpku.


Walaupun hidup serba kekurangan, namun pendidikan anak-anak tetap diberi keutamaan.








Dalam rakaman, ditunjukkan sebuah beg sekolah dengan talinya yang sudah putus diubah suai untuk digunakan semula.


“Hanya tali rafia digantikan agar beg sekolah ini boleh digunakan,” katanya lagi.


Rumah kayu beratapkan zink ini menjadi tempat berteduh bagi seorang asnaf bernama Mustafa bersama 9 ahli keluarga.


PKU memberitahu, Mustafa mengalami masalah tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lalu, dan pergerakannya perlu menggunakan tongkat.







Difahamkan, doktor menyarankan supaya pembedahan dijalankan bagi mengatasi masalah tulang belakang itu, namun Mustafa mengalami kekangan kewangan.


“Dia tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi,” katanya.


Akibat keadaan yang menimpa Mustafa, isterinya, Haslina kini menggalas tanggungjawab suami dengan menjaga tujuh anak yang masih bersekolah.


Selain itu, dia juga perlu menjaga ibu yang sudah tua dan mengalami masalah ingatan.


Walau n bekerja sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), namun pendapatan Haslina masih tidak cukup untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga.


“Semoga mereka sekeluarga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan,” menurut PKU lagi.


Difahamkan, Mustafa sekeluarga menetap di Kota Kuala Muda, Kedah.


Keperitan hidup yang dialami Mustafa dan Haslina sekeluarga mendapat keprihatinan PKU dan orang ramai.


Menurut PKU, pihaknya telah memberi sumbangan berupa peti sejuk baharu dan barang-barang keperluan lain untuk keluarga itu.


Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil mahu menghulurkan bantuan, di samping mendoakan keluarga berkenaan.


“Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Mustafa dan murahkan rezeki sekeluarga... Amin.


“Rakyat Malaysia pemurah, ayuh kita bantu apa yang kita mampu. Kasihan tengok.


“Semoga Allah permudah urusan. Kita doa ada orang baik yang tolong,” demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga urusan keluarga ni dipermudahkan..amim
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:27 PM | Show all posts
Mari iols mulakan.

Dalam pada......sakit tulang belakang, sempat anak 7 ye. Sakit tulang sejak 10 tahun lepas, maknanya anak masih kecik2 beranak pinak lagi.

Isteri kerja, habis tak tolong cuci rumah ke. Peti ais umah nenek meols elok je berpuluh tahun bersih bersinar lagi... nenek meols sakit2 tua 90++ tahun ye.

Beg anak tu boleh je jahit elok kemas2 takyah nak tali rafia sangat... so? so? so?

Asnaf tak asnaf, sikap malas kena buang jugak anak beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:30 PM | Show all posts

Tempek

Nombor akaun sekali la baru orang boley tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:31 PM | Show all posts
masuk sini nak baca hencapan kutukan forumer je....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:39 PM | Show all posts
ketua kampung tak amik peduli ke penduduk sekeliling?
zakat negeri mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-11-2023 04:27 PM
Mari iols mulakan.

Dalam pada......sakit tulang belakang, sempat anak 7 ye. Sakit tulang sejak 10 t ...

Betull... mula2 i terpikir pasal beg tu, nk kemas boleh je jahit,  beli jarum dgn benang berapa duit sgt.

Dok kg, ada space tepi2 rmh tu, tnm apa yg patut, ajar ank tnm pisang, ubi kayu, sayur kg dan pokok2 yg mudah hidup - utk bhn mkn. Byk boleh jimat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat lar nk hencap hidup susah beranak ramai.
Dh susah branak ramai meminta² pulekkk..
Dok pikiaq apa la dlm otak depa nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-11-2023 04:30 PM
Nombor akaun sekali la baru orang boley tolong..


Ada tuh no acc mbb kt bidio kak tum
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:00 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-11-2023 04:27 PM
Mari iols mulakan.

Dalam pada......sakit tulang belakang, sempat anak 7 ye. Sakit tulang sejak 10 t ...

hehe...meols hencapan cuols on point...meols agreed...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:00 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-11-2023 08:27 AM
Mari iols mulakan.

Dalam pada......sakit tulang belakang, sempat anak 7 ye. Sakit tulang sejak 10 t ...

Komen ini mewakili suara hati aku juga. Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:05 PM | Show all posts
PKU ni ust wadi punya. letak je no acct, berbaris orang datang membantu. bukaklah derma apapun, kejap je capai sasaran.
syukur alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:05 PM | Show all posts
ni lah yg baitumal kena bagi bantuan bukan tokmu yang konon samseng hutang ahlong tinggal anak tak bayar sewa bil api air tertunggak tapi tak nak rumah 2 bilik tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm malas nak komen... Sedih tengok kehidupan daif macam ni. Tapi rezeki anak Ramai <-- Nanti Ada yg backing macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wirazam at 8-11-2023 05:48 PM
Rajawali replied at 8-11-2023 04:31 PM
masuk sini nak baca hencapan kutukan forumer je....


Citer ni mcm berulang ulang pulak every year..cuma rasanya kali nih mcm tercepat sikit ni..patutnya masa awal Mac 2024..tahun depan lar
Masa tu pasti dpt spotlight lebih Dan bantuan dtg berdesup2 Dan menderu deru..NGO sana sini pasti dtg...almaklumlah staf gomen barundpt durian rontuh time tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 8-11-2023 08:27 AM
Mari iols mulakan.

Dalam pada......sakit tulang belakang, sempat anak 7 ye. Sakit tulang sejak 10 t ...

Begitulah. Katanya sakit belakang, anak tetao juga ada 7 org kecik2 lagi. Faham, manusia ni ada nafsu tapinya buatlah family planning. Anak2 tu amanah yg harus dijaga. Ni menganiaya kanak2 bila makan pun bercatu. Bila keperluan asas tak cukup, perkembangan budak2 tu pun terbantut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hat susah beranak ramai ni xp kk Ka bukak buku pink? Tak kena lahar dgn nes ka tak reti2 nk ambik perancang berderet2 ank? Aii yg ank gap 2tahun sorg pun nes kk bising2 suruh ambik perancang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 06:35 PM | Show all posts
aku sebenarnya tak paham dengan mentaliti asnaf daif yg kais pagi makan pagi ni, apa diorg ni tak tau ke family planning tu tak mengganggu pon keseronokan aktiviti ngesek & perfomance laki bini memasing. malah nak ngesek sehari 10x pon stress free both for short term and long term. anak 1-2 kan ke kehidupan lebih improve mana nak pikir mana nak cekau duit pampers susu sekolah. anak ko pon takda la malu kena buli pakai beg koyak gituh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
I stopped reading selepas frasa 10 beranak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.650712 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list