CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2447|Reply: 28

Pelajar Joli Sakan, Wang RM4.8 Juta Tersalah Masuk Dalam Akaun

[Copy link]
Post time 9-11-2023 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar menyangka ia adalah 'hadiah daripada Tuhan' apabila secara tidak sengaja diberi geran sebanyak £850,000 (RM4.8 juta).


Sibongile Mani, 32, biasanya menerima bantuan bersamaan £85 (RM489) sebulan untuk menyara dirinya dan membayar buku sepanjang kursus perakaunannya.


Namun, dia terkejut apabila melihat dia telah diberikan wang 10,000 kali ganda daripada biasa dan mula menggunakannya selama 73 hari.




Foto: FB




Mani, dari Afrika Selatan, menjadi jutawan dalam sekelip mata selepas 14 juta rands dimasukkan ke dalam akaun banknya pada 2017 – bersamaan pada masa itu kepada £850,000 (RM4.8 juta).


Tetapi daripada mempersoalkan jumlah itu, Mani dengan cepat mula membelanjakannya dengan membeli iPhone model terbaharu untuk dia dan rakan-rakannya dan serta mengubah gaya rambut.


Dia juga sering keluar malam ke kelan mewah dan membelanjakan sehingga £100 setiap satu untuk minuman keras yang mahal.


Bagaimanapun, rakan-rakannya segera menyedari perubahan kelakuannya dan menjadi curiga.


Dia kemudian dilaporkan kepada skim bantuan sebelum ditangkap dan didakwa atas tuduhan mencuri dan penipuan sebelum dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas membelanjakan R818,000 – hampir £50,000 pada masa itu.


Tetapi Mani membantah hukuman itu dan mengisytiharkan dia menganggap wang tunai berkenaan adalah 'wang ajaib'.


"Apa yang saya hadapi tidak adil sama sekali. Wang yang saya dapat dalam akaun saya ketika itu saya membelanjakannya tanpa berfikir dua kali. Saya fikir ia adalah wang ajaib.


"Kalaulah saya tahu pada masa itu ia akan berakhir seperti ini. Saya menulis ini dengan hati yang sedih. Saya akan tetap kuat sehingga saya meninggalkan penjara walaupun ia akan menjadi sukar," tulisnya di blog.


Peguamnya, Asanda Pakade, kemudian merayu atas alasan Mani bukan bahaya kepada masyarakat. Dia juga berkata pelajar tidak mencari wang itu dan dengan penjara yang sudah sesak, dia berhujah penjara tidak sesuai untuk anak guamnya.


Beliau menambah, Skim Bantuan Kewangan Pelajar Kebangsaan telah tersilap menghantar jumlah wang itu dan tidak menyedari wang tunai itu hilang sehingga ia dibawa kepada perhatian mereka.


Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi London Timur di Makhanda, dua hakim bersetuju untuk menggantung hukuman Mani selagi dia tidak melakukan kecurian atau penipuan semasa dibebaskan. - CARI


Sumber: mStar/Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 08:25 AM | Show all posts
Lain kali dapat duit free diam diam je. Jangan sibuk bagitau org sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 09:04 AM | Show all posts
korang kalau dpt duit sedebuk mcm ni tak cuak ke? iols akan cuak sbb takut ada mafia jahat salah masukkan duit pastu diburunya iols utk tuntut balik duit tu...gitu iols imagine tgk movie gangster. so better la call bank tanya sumber duit tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 09:18 AM | Show all posts
bagi aku, bukan salah dia, salah tukang masuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kengkawan pun..dah dibelanja pun pergi mengadu..busuk hati ya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dia x twrpikir tp sbb rase tamak..
Dia blj account x kan la dia x tau organisasi tu ada buat audit.. Mesti kantoi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2023 11:08 AM | Show all posts
cukup tak guna kawan2 dia. busuk hati. org dah belanja mcm2, dengki lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 11:25 AM | Show all posts
kok iye pun nak kena penjara
keluarkan semua duit siap2
sorok bawah tanah, jadi harta karunn
baru berbaloi kena penjara 5 tahun

rugi ler, baru sempat guna 6%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 11:26 AM | Show all posts
mejaputih replied at 9-11-2023 09:04 AM
korang kalau dpt duit sedebuk mcm ni tak cuak ke? iols akan cuak sbb takut ada mafia jahat salah mas ...

memang pun,
akan jadi akaun keldai for money laundering
tapi selalu nya owner akaun dapat komisyen


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 11:32 AM | Show all posts
Lenkali ko withdraw sket pastu peram kat tempat rahsia. Bukak asb pun nanti kena freeze je watpe. Baidetaim ko kuar jel at least ada la gak belen duit wat ghaso-ghaso.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dpt duit tetiba dlm akaun rm700,++ pun aku risau...
Call bank suruh amik balik...bank kata klu staff trrsilap masuk biar je jgn guna...dlm nasa dua minggu dorang akn amik balik....
Aku niarkn 2 bln...ssuruh dorang check lagi...dia kata memang duit aku menang peraduan ...ssp kot...aku tanya knp angka tu pelik...rm750 bkn rm750k mcm tu....staff bank kata kan skrg byk kategori....mgkin kategori kesetiaan ke hapa, mcm tu lah....

So..aku ckp aku guna tau, nati jgn tuntut kat pdg mah syar.....

Tu mgkin sbb aku dpt rm750 je ..klu rm75mill, cite lain le pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
begitulah kalau kanak-kanak /remaja dpt duit yg byk. Dulu kat britain remaja umur 16 tahun menang judi juta pound , akhirnya muflis .

i pelik org dewasa yg tak boleh fikir benda ni. iaitu seseorg yg i kenal sepatutnya bijak pandai,  dia boleh terfikir nak cash out semua property sbb nak masukkan duit ratos2 ribu kat akaun anak, ... nak kena org lain pulak tunjal2 kepala dia bgtahu benda tu boleh rosakkan masa depan anak
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak merasa duit camni masuk la bsn ssp....selalu dgr org dpt 1 juta....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:18 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 9-11-2023 11:42 AM
Aku dpt duit tetiba dlm akaun rm700,++ pun aku risau...
Call bank suruh amik balik...bank kata klu s ...

Dibuatnya masa tu tengah sesak nazak, ko bitau la staff tu..saya mintak izin guna dulu tau. Nanti ada duit saya masukkan balik dlm akaun. Potong je la bila ada duit. Gituew.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib masuk penjara sebab yang sama

Bezanya najib tak tau pon duit tu duit haram
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Orng 'BAGI' kita duit....kita(yg menerima) jugok ke yg salah..undang2 apa camni???...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 12:33 PM | Show all posts
Skuau replied at 9-11-2023 12:25 PM
Orng 'BAGI' kita duit....kita(yg menerima) jugok ke yg salah..undang2 apa camni???...

klu lapor pada bank dan polis tentu tak jadi kesalahan....ini dah terima duit yg tidak tahu dari mana datang terus belanja tanpa usul periksa. nasib la
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:35 PM | Show all posts
semalam aku bei roti dan cashier indo tu bagi lebih seringgit, tapi aku dengan baik hati bagi balik. tapi kalau duit berjuta tetiba termasuk dalam akaun aku, aku akan terus lenyap dari bumi malaysia dan menyorok memana vila tepi pantai di negara yang dirahsiakan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 9-11-2023 11:49 AM
begitulah kalau kanak-kanak /remaja dpt duit yg byk. Dulu kat britain remaja umur 16 tahun menang ju ...

Bkn rosakkn masadepan ank je....
Masadepan Dia pun akn gelap
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 9-11-2023 12:11 PM
Kalau nak merasa duit camni masuk la bsn ssp....selalu dgr org dpt 1 juta....

yg menang 1juta tu mmg betul ke dpt 1juta? duit tu blh guna sk hati atau masuk balik dlm acc jd unit ssp?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.066440 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list