CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5563|Reply: 0

SASaR beri peluang tentera miliki rumah sebelum pencen

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode

PEGAWAI tentera melihat replika rumah yang akan dibina pada Majlis Perasmian Projek Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Wardieburn hari ini. FOTO Bernama.

Kuala Lumpur: Projek perumahan di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Wardieburn dan Setapak memberi kelegaan kepada anggota tentera untuk memiliki rumah di tengah ibu kota.

Mengakui perkara itu, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, Mej Wan Mohd Ismail Wan Ishak, 42, berkata, untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur, ia sememangnya memerlukan 'modal' besar kerana harga rumah di pasaran sudah mencecah sehingga RM500,000.

"Harga rumah di Kuala Lumpur tinggi dan SASaR ini menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan pegawai dengan harga berpatutan.

"Ini kita (anggota) boleh jadikan aset untuk masa hadapan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Projek Perumahan SASaR di Kem Wardieburn di sini, hari ini.



Bapa kepada empat anak berusia lima hingga 13 tahun itu berkata, dia sudah membeli seunit rumah SASaR di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun lalu sebagai pelaburan dan kemudahan untuk keluarga.

Seorang lagi anggota Tentera Darat Malaysia, Pegawai Waran 1 Hairul Nizam Hamzah, 41, berkata, dia sudah membeli sebuah unit rumah di bawah projek SASaR di Sungai Besi di sini selepas mendapat nasihat daripada rakan sejawatanya.

"Anggota yang lebih senior sudah 'didik' dan ingatkan untuk membeli rumah walaupun duit (gaji) sedikit...dengan projek perumahan ini saya percaya semua anggota mampu untuk mendapatkan rumah untuk jadi harta sendiri.

"Sekarang ini ekonomi meningkat dan SASaR membuka peluang kepada anggota membeli rumah dengan kos yang tidak terlampau tinggi berbanding di luar," kata anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Turut sependapat ialah anggota Tentera Laut, Bintara Kanan Siti Fatimah Muhammad, 40, yang mengakui bahawa projek SASaR ini dapat memastikan anggota memiliki rumah sebelum pencen.

"Bagi kami anggota lain-lain pangkat ini gajinya hanya cukup-cukup sahaja dan apabila ada peluang memiliki rumah melalui projek SASaR, ini menjanjikan anggota kediaman sendiri selepas pencen nanti," katanya yang telah berkhidmat selama 19 tahun dalam pasukan keselamatan itu.

Projek pembinaan perumahan SASaR Wardieburn dan Setapak merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi memberi peluang kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki kediaman yang selesa di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan projek perumahan SASaR di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang, Setapak di sini, hari ini.

Projek perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan pembinaan 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.

Selain itu, projek perumahan SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa 6,400 unit kediaman dengan keluasan antara 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media berkata kos pembinaan bagi perumahan SASaR Wardieburn dan Setapak yang menelan belanja RM2.4 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh pemaju Platinum Victory Development Sdn Bhd dengan jangkaan siap secara berfasa mulai 2026.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umah-sebelum-pencen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.280491 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list