CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3380|Reply: 12

Pengasas Facebook Yang Merendah Diri

[Copy link]
Post time 14-2-2011 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Pengasas Facebook Makan Bersila



MARK ZUCKERBERG makan bersila dekat pintu sebuah kedai di Palo Alto, California baru-baru ini.

Kosmo
14 Feb 2011

PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.

Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.

“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.

Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.

Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.

Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.

Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.

Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.
KLM Offers Daily Flights to Europe from Kuala Lumpur


Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.

Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun. – Agensi

* begitu down to earth...
sangatlah menakjubkan jika dibandingkand dengan kebanyakan org kaya terutamanya orang muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 09:26 AM | Show all posts
aku ske la die.bgus la die ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 09:31 AM | Show all posts
aku ske la die.bgus la die ni!
myralolx92 Post at 14-2-2011 09:26


mmg...tengok gaya pon sempoi
sebabtulah produk dia berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:26 AM | Show all posts
emm lambat arni koboi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 11:24 PM | Show all posts
emm lambat arni koboi
zaiha Post at 14-2-2011 10:26


Kan.... Terus ke berita dunia lak tu..selalunya berita dalam negeri dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 04:55 PM | Show all posts
klo anak2 org kaya kt msia ni, jgn harap lh nk mcm ni..jaga standard konon..kaya stakat jota2 pon kecoh nk kerek
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2011 04:57 PM | Show all posts
klo anak2 org kaya kt msia ni, jgn harap lh nk mcm ni..jaga standard konon..kaya stakat jota2 pon ke ...
ana Post at 15-2-2011 16:55


anak org kaya kat meysia asik nak pakai branded cakap pun telo mat saleh
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 05:05 PM | Show all posts
klo speaking tu fluent xpe gak, ni ad yg hancur, still gak nk gigih berspeaking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 8# ana


itula pasalsumer buatan meysia pandang sengkek plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 04:00 AM | Show all posts
ala mark tu berlakon je pasal nak nampak orang berjimat la. dah la aritu kecoh facebook nak tutup padahal tu sume prank dorang je nak bg kecoh satu dunia bagi naik rating facebook.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:36 PM | Show all posts
aku sgt kagum dgn dia ni.....sgt merendah diri....pakai keta pn,keta biasa...org mesia lg mewah dr dia walaupun dia lg kaya.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 11:02 PM | Show all posts
bukan merendah diri...dia tau..dia nak makan duduk bersila kah...duduk menonggengkah..makan berlari kah...dia tetap ada duit banyak..tak de sapa pun nak ketawa kat dia...sebab dia tau...ketawa le sampai mampus kat dia...dia tetap lebih kaya dari kitaorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 07:49 AM | Show all posts
Reply 10# zanar


betul jugak
tu kira mcm publisiti utk tambah mempopularka facebook?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.271641 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list