CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2992|Reply: 0

F1: Ferrari bangga prestasi Leclerc

[Copy link]
Post time 22-11-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

LECLERC berjaya meraih tempat kedua pada aksi GP Las Vegas awal pagi semalam biarpun masih gagal mengatasi Verstasppen. - AFP

LAS VEGAS – Prinsipal pasukan Ferrari, Fred Vasseur memuji pemandunya Charles Leclerc selepas berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua biarpun masih gagal untuk mengatasi Max Verstappen.

Pada perlumbaan tersebut, Verstappen melengkapkan kemenangan kali ke-18 biarpun dikenakan penalti lima saat selepas dikesan menghimpit Leclerc hingga ke luar litar.

Bagaimanapun, hukuman penalti ternyata tidak memberi masalah kepada Verstappen apabila kembali memintas Leclerc pada pusingan ke-37 untuk menjuarai perlumbaan tersebut.

“Terdapat beberapa aspek positif, walaupun ini bukan perlumbaan yang mudah terutama beberapa insiden kemalangan mengganggu rentak perlumbaan.

“Kami melakukan segalanya dengan betul bersama Leclerc untuk meraih kemenangan dan kami berjaya mengatasi Verstappen di atas trek. Tetapi, kereta keselamatan tiba pada masa yang tidak sesuai.

“Apapun, kami berjaya meraih mata penting pada perlumbaan ini dan Leclerc juga tidak jauh untuk muncul juara serta layak untuk memenangi perlumbaan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Vasseur juga tidak berpuas hati dengan keputusan mengenakan penalti 10 petak terhadap pemandunya, Carlos Sainz sejurus melanggar besi penutup longkang di atas litar.

Kemalangan tersebut menyaksikan Sainz terpaksa menukar hampir keseluruhan komponen penting pada jenteranya termasuk casis, unit kuasa dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... a-prestasi-leclerc/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.031833 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list