View: 2734|Reply: 6
|
Dapat Jambangan Bunga Besar Misteri, Nadia Brian Nak Cari Siapa Gerangan 'Annoying Fans'
[Copy link]
|
|
Terlampau sibuk kerja, Nadia Brian susah nak bertemu dengan lelaki yang sesuai.
Bukan tiada lelaki mendekatinya, sebaliknya hanya meletakkan batasan sebagai kawan.
Foto: IG
"Saya semestinya masih terus mencari pasangan hidup. Saya bukan 'jual mahal', tapi terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, masa untuk keluar mengenali seseorang agak terbatas.
"Jika tidak terlalu sibuk mungkin boleh luangkan sikit masa untuk ke arah itu. Jadi, doakanlah saya bertemu jodoh baik," katanya kepada BH Online.
Buat masa ini, dia masih belum mempunyai teman istimewa dan lebih selesa berkawan dengan mana-mana jejaka.
"Saya lebih suka berkawan sahaja dan tiada lagi lelaki istimewa di hati. Dengan jejaka yang mahu merapati, saya akan jelaskan awal-awal lagi hanya mahu berkawan sahaja.
"Saya tak mahu terus menjalin hubungan kerana sudah tentu tak mahu perkara lalu berulang semula.
"Tapi, buat masa ini, memang tiada yang betul-betul serius lagi. Setakat selalu bertanya khabar dan keluar temujanji saya masih belum ada masa."
Tambahnya dia ada menerima sejambak bunga daripada individu misteri.
Justeru, katanya, dia mahu mencari identiti si penghantar bunga agar dapat berkenalan dengannya.
"Saya pernah dapat kiriman bunga daripada seseorang yang tidak dikenali. Pengirim itu hanya tulis 'from: annoying fans' sahaja. Saya memang tak tahu siapa pengirimnya, tapi saya rasa mungkin datang daripada peminat.
"Ini pertama kali saya dapat bunga daripada orang yang tak dikenali, jadi agak terkejut ditambah pula bunga besar.
"Sudah tentu saya mahu berjumpa si pengirim dan mengenalinya. Tapi sampai sekarang masih belum dapat menjejaki identitinya," katanya.
Sementara itu, ditanya ciri-ciri teman hidup dimahukan, Nadia tidak menolak sekiranya jejaka bergelar duda. Ini kerana apa yang penting adalah keserasian antara mereka.
"Kalau boleh saya mahukan seseorang yang serasi dengan saya. Sudah tentu bukan suami orang kerana saya tak mahu jadi 'penyondol' atau disondol.
"Saya tak mahu masalah timbul kemudian hari, saya perlu tahu status lelaki yang mahu dikenali.
"Saya tak menolak jika seorang berstatus duda dan sudah mempunyai anak kerana saya juga tidak terlalu memilih, asalkan boleh serasi dengan saya, hormat keluarga dan mampu jalani hidup bersama.
"Status tidak memberi pengaruh apa-apa, asalkan tidak berpunya," katanya.
Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz pada 9 November 2019, namun bercerai pada April 2021.
Mula diperkenalkan menerusi drama Akulah Balqis pada 2015, sebelum mencipta nama dan dikenali ramai. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Followers sejuta likes sendu jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Jambangan bunga berserta duit kepuk2 dengan surat loan rumah ke tu... Tu yang kemain heshe nak cari siapa identiti penghantar tu... Kalau jambangan bunga tu sekadar bunga plastik kedai eco jangan haraplah..
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 bunga tu bang non yg kasi |
|
|
|
|
|
|
|
Kau beli sendiri kan sundal? |
|
|
|
|
|
|
|
mak cik kemboja kut
kan ko jumpa dia aritu
marah2 ko sbb x kenal dia
ni bunga tanda maaf kut |
|
|
|
|
|
|
| |
|