Dibelasah suami depan 2 anak KUALA LUMPUR: Seorang isteri beranak enam patah pinggang,bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yangtiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagisemalam. Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagaitukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepakterajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR)Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi. Suami mangsa yang tidak bekerja dandipercayai penagih dadah sudah banyak kali memukul mangsa jika tidak diberiwang untuk membeli dadah. Mangsa yang sudah 17 tahun berkahwindengan suaminya yang berusia 39 tahun dikurniakan enam anak berusia empathingga 17 tahun. Abang mangsa yang datang ke rumah mangsakira-kira jam 7 malam terkejut apabila mendapati adiknya tidak mampu berdiridan hanya berbaring di atas lantai serta cedera di seluruh badan. Berikutan itu, dia meminta izin suamimangsa yang berada di rumah untuk membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatanlanjut. Abang mangsa, Zakaria Hussin, 60-an,berkata, pasangan suami isteri itu pernah bergaduh, tetapi kejadian hari ini(semalam) paling teruk. "Dalam pergaduhan sebelum ini, adiksaya enggan membuat laporan polis kerana terlalu sayangkan suaminya itutambahan pula memikirkan nasib enam anak mereka sekiranya bercerai. "Tetapi kali ini, laporan polis akandibuat," katanya. Katanya, adiknya kini dirawat di wadkecemasan dan dilaporkan berada dalam stabil. Difahamkan,suami mangsa adik seorang penyanyi, pengacara, pelakon dan model yang pernahmerakamkan album dan berlakon beberapa drama serta menjadi model syampu jenamaterkenal. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkanmenerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.
Sapa ya? |