CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3035|Reply: 0

Pecco mahu pertahan gelaran dunia

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

BAGNAIA mahu melakar sejarah peribadi untuk mempertahankan gelaran dunia MotoGP, sekali gus berada sebaris dengan Rossi dan Marquez.

VALENCIA – Pelumba utama Ducati, Francesco Bagnaia me­letakkan harapan tinggi un­tuk mengikuti jejak jaguh legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam usaha mengekalkan gelaran dunia pada perlumbaan terakhir Grand Prix (GP) Valencia malam esok.

Sejak saingan MotoGP di­perkenalkan pada 2002, ­hanya dua pelumba yang pernah mempertahankan gelaran dunia iaitu Valentino Rossi ketika mewakili pasukan Yamaha dan Marc Marquez sewaktu bersama Repsol Honda.

Kini, Bagnaia memiliki peluang untuk mencatat sejarah baharu buat pasukannya andai berjaya mengekalkan kejuaraan dunia yang diraih pada tahun lalu selepas bergelar pendahulu dengan perbezaan 21 mata.

Pelumba yang mesra dengan gelaran Pecco itu berkata, pres­tasinya pada saingan musim ini masih lagi seimbang dengan apa yang dipamerkan tahun lalu dan berharap tuah dapat membantunya dalam usaha bergelar juara dunia nanti.

“Secara keseluruhan, kutipan mata saya hanya berbeza dua mata berbanding yang dicatatkan pada tahun lalu ketika berbaki satu perlumbaan. Kini, saya hanya mengharapkan 12 mata lagi daripada 37 mata ke­seluruhan pada GP Valencia kali ini.

“Sudah tentu saya yakin de­ngan keupayaan dalam usaha mengekalkan kejuaraan dunia musim ini kerana ini adalah salah satu litar kegemaran saya selain cukup sesuai dengan jentera Ducati.

“Saya akan berikan yang terbaik tidak kira perlumbaan sebenar atau sprint kerana sudah menjadi impian saya untuk mengikuti jejak langkah Rossi dan Marquez selaku pelumba yang mampu mempertahankan gelaran dunia sebelum ini,” kata­nya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ahan-gelaran-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list