CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3981|Reply: 35

Shila Amzah Dan Syahir Tersingkir Sebab Kifarah?

[Copy link]
Post time 27-11-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah tidak melihat penyingkiran dia dan adiknya Syahir Amzah sebagai kifarah susulan persengketaan yang berlaku dengan keluarganya.


"Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya.


"Saya tidak kisah netizen mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza.


"Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada percakapan sembarangan," katanya kepada mStar.




Foto: IG




Syahir pula memberitahu keluarga mereka terutama ibu bapanya masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad.


Malah kata Syahir, dia juga menjadi orang tengah bagi menyampaikan mesej diterima daripada keuarga kepada Shila.


"Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi doakan yang terbaik sepanjang kami bertanding.


"Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila. Saya hanya melunaskan tugas sebagai adik," jelasnya.




  



Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalu keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual.


Shila menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.




  



Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 09:50 AM | Show all posts
choi yg berkerak laki bini tu yg disimpan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 09:52 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 27-11-2023 08:50 AM
choi yg berkerak laki bini tu yg disimpan..

laki bini tu pun xlepas ye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 09:53 AM | Show all posts
anyway adakah ini kali pertama dlm hidup shila xmasuk final dalam mana2 pertandingan realiti tv?

tolak AJL/SFMM la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 09:56 AM | Show all posts

Alhamdulillah, boleh la tom berehat.. Risau dia acah2 tarik diri kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:02 AM | Show all posts
nama pun rancangan cari glamer entah apa-apa..
bukan dikira bakat sangat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 10:20 AM | Show all posts
bukan kifarah mmmg xmenjadi duo nya

ok lah bagi nak gilap bakat adiknya tuhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:47 AM | Show all posts
thats why x layan program2 sampah kat malaysia nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 10:56 AM | Show all posts
FD ni rancangan mcm syok sendiri jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:02 AM | Show all posts
program mesia ni macam tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 27-11-2023 09:53 AM
anyway adakah ini kali pertama dlm hidup shila xmasuk final dalam mana2 pertandingan realiti tv?

to ...

Rasanya ada je banyak kali shilalat kandas.

Salah satu yg aku ingat ialah program Mania kat Astro dlu.

Juara nya hafiz suip. Jac pon kalah di tangan hafiz di tempat ketiga. Naib juara Stacy.

Apa sangat la setakat shilalat ni, mmg slalu kalah je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:14 PM | Show all posts
xpela... enjoyyy je shila. menang ke x blkg cite...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Takdenya kifarah...adiknya tu bukan penyanyi Dan tak booleh pun jadi penyanyi..fullstop..patut ya Sheila ni joint gv baru kena..dia mmg kreatip lar
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah penghujung zaman ni dah x kesah sapa nak masuk sapa nak tsingkir tp elok lah singkir kan juri yg asyik nak merempan tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya shila xmasuk gv...kalau x mesti dah ke final..sheols kreatif n energetic
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 27-11-2023 05:21 PM
Takdenya kifarah...adiknya tu bukan penyanyi Dan tak booleh pun jadi penyanyi..fullstop..patut ya Sh ...

Dia juara GV berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tak pe Shila, insyaAllah ada rezeki yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Family Duo ni sampai skrg aku confuse dia punya penjurian atas dasar apa ..nk cari badut atau nk cari apa .. aku tgok Shila dgn Shahir nyanyi dh okey tp mas idayu kata x okey alih2 zero nyanyi mcm badut sarkis tu plak yg markah tggi n menang ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 27-11-2023 01:03 PM
Rasanya ada je banyak kali shilalat kandas.

Salah satu yg aku ingat ialah program Mania kat Astro ...

Yaaa rancangan tu ..x silap hafiz protege ahmad dhani kan?? Hazama pun ada dia under m.nasir x silap best jugak rancangan tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:15 PM | Show all posts
Cuma tengok the 1st show saja sebab meluat tahap gaban kat juri yang suka merempan tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.096202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list