CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29739|Reply: 199

Sultan Johor pandu tren hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

  [Copy link]
Post time 21-2-2011 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor pandu tren hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja


2011/02/21


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berangkat untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur dengan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda bersama pegawai istana bertolak dari stesen JB Sentral ke Stesen Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi dengan menggunakan tren Ekspres Rakyat yang dipandu baginda sendiri. Baginda memandu tren tersebut hingga ke Stesen Kluang sebelum berehat seketika dan memandu semula dari Stesen Seremban hingga ke destinasi terakhir iaitu Stesen Kuala Lumpur. Tren itu turut membawa hampir 350 penumpang lain.

Ia merupakan kali kedua baginda memandu lokomotif dengan gerabak penumpang selepas menerima lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai tahun lalu.

Selain itu, Sultan Ibrahim akan diperkenalkan dengan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terbaru milik KTMB setibanya baginda di Stesen Kuala Lumpur.

ETS yang memberikan perkhidmatan perjalanan dari Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh merupakan generasi kedua tren elektrik yang beroperasi pada kelajuan maksimum 160km sejam. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2011 12:37 PM | Show all posts


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memandu sendiri tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) untuk berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-223 yang bermula Rabu ini di Kuala Lumpur. Tren itu turut membawa hampir 350 penumpang lain. - Foto Bernama
Feb 21, 2011 12:00 pm
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:39 PM | Show all posts
peh..... sultan johor ni lain dr yg lain....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:40 PM | Show all posts
ade je bende2 pelik yg sultan johor buat,
dari sultan dulu sampai la sekarang,
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:44 PM | Show all posts
aku cuma tunggu masa dan ketika baginda sultan ni menggepalai sebagai imam di masjid selayak titlenyer sebagai Ketua Agama Isele


~~ aku suka bebenang ni ... mesti ramai yg owwhhh dan ahhhhhh kagum
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:53 PM | Show all posts
dari pada duduk istana melepak tunggu duit jer baik la buat sesuatu ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2011 12:54 PM | Show all posts
DAH ada lesen penuh ...time ni la  nak test bwk sampai kl ye tak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:54 PM | Show all posts
yess....apa tak kagum aku yg dah lama idup ni pun tak pernah bawa keretapi..best...daulat tuanku..!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 12:59 PM | Show all posts
aku cuma tunggu masa dan ketika baginda sultan ni menggepalai sebagai imam di masjid selayak titleny ...
Bolayan Post at 21-2-2011 12:44


Rasa rasanya kalau rakyat hantar petition to request yang sultan go around  masjid atau surau2 diseluruh johor setiap kali datangnya jumaat(hanya jumaat, for a start) untuk  take lead solat jumaat...kena hukum pancung kepala tak rakyat2 jelata ini?

Maideeen~ selagi belum mahu mengimamkan solat dengan rakyat jelata sebagai makmumnya..selagi itulah belum boleh dikategorikan sebagai pemimpin atau ketua agama yang baik......sekadar pandangan peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:00 PM | Show all posts
aku cuma tunggu masa dan ketika baginda sultan ni menggepalai sebagai imam di masjid selayak titlenyer sebagai Ketua Agama Isele


Agame Isele bukan agame islam.. tu mazhab lain tuuu.. hahahahhaa

yg jadik ketua keluarge tuu tak nak tengok ke jadi imam kt anak bini kat rumah???
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:01 PM | Show all posts
yess....apa tak kagum aku yg dah lama idup ni pun tak pernah bawa keretapi..best...daulat tuanku..!
zvicmorrow Post at 21-2-2011 12:54


Se besar besar pengaruh sultan kita, masih belum boleh atau belum mahu mengimamkan solat bersama rakyat jelata........sad isn't it?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:03 PM | Show all posts
okla tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:06 PM | Show all posts
Agame Isele bukan agame islam.. tu mazhab lain tuuu.. hahahahhaa

yg jadik ketua keluarge tuu  ...
unekspekted_II Post at 21-2-2011 13:00



   ok lahhh tuko ketua agama Islam, ikutlah mazhab BN ka hapa kaa suka hati ko lahhh ... aku doakan sultan mampooo


bwk motor beso keliling kampong, pandu gerabak keretapi bla bla bla .... propa jerr :re::re:
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:08 PM | Show all posts
Se besar besar pengaruh sultan kita, masih belum boleh atau belum mahu mengimamkan solat bersama ...
Maideeen Post at 21-2-2011 13:01



    yup mungkin belum sampai seru..serahkan pada lebih arif..kita ni pun org biasa kalau disuruh jadi imam kat tempat kerja setakat bacaan berterabur tak yah lah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:09 PM | Show all posts
Sebagai pemimpin...kamu akan dipersoalkan akan kepimpinan kamu.......Bagaimana nak kita jawab dengan PENCIPTA bahawa kita sekadar ketua kepala ketapi, ketua bermotosikal harleys keliling negeri...dalam konvoi kemerdekaan...sedangkan ketua solat mengadap TUHAN..kita give a pass?

Sad isn't it?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:11 PM | Show all posts
yess....apa tak kagum aku yg dah lama idup ni pun tak pernah bawa keretapi..best...daulat tuanku..!
zvicmorrow Post at 21-2-2011 12:54



    bagus juga dia nak cuba Vic.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 01:14 PM | Show all posts
yup mungkin belum sampai seru..serahkan pada lebih arif..kita ni pun org biasa kalau disur ...
zvicmorrow Post at 21-2-2011 13:08


Bila sebut menjadi imam dalam solat....disalahkan TUHAN kerana belum kasi seru.......Tapi bila nak dapatkan lesen mengendalikan kepala ketapi..tak payah tunggu seru.......

Sad isn't it?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:15 PM | Show all posts
Reply 15# Maideeen

cakap jee lebih.. penjaga kaabah pun duduk hisap shisha x jadik imam.. ade mofti2 or ulamak2 arab yg lebih terrer dari ustaz2 agame isele pas pis puss bising????  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:17 PM | Show all posts
bagus juga dia nak cuba Vic.....
anya8797 Post at 21-2-2011 13:11


Yang dah biasa jadi imam dalam solat itu juga bermula dengan the very first step...yaitu......cuba dengan jadi imam buat kali pertama.......

Sad isn't it jika yang disebut nak cuba itu tidak termasuk kategori...imamkan rakyat jelata dalam solat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 01:17 PM | Show all posts
Bila sebut menjadi imam dalam solat....disalahkan TUHAN kerana belum kasi seru.......Tapi bila n ...
Maideeen Post at 21-2-2011 13:14



    itu nak amik lesen keretapi pasal dah dpt serulah tu...kalau tak dpt seru tentu tak amik..betul tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.063482 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list