View: 3273|Reply: 1
|
Zainalabidin 'belanja' pelajar IPT
[Copy link]
|
|
Zainalabidin 'belanja' pelajar IPT
Zainalabidin.
Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Zainalabidin, 64, memilih untuk 'belanja' 510 tiket kepada pelajar-pelajar dari beberapa institut pengajian tinggi (IPT) untuk bersama-sama hadir ke Konsert Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound (Sound Spirit) yang akan berlangsung pada 20 Januari tahun depan.
Zainal berkata, ini adalah satu cara yang mampu dilakukannya untuk membalas budi dan sokongan masyarakat kepada kerjayanya sehingga ke hari ini.
"Idea ini muncul daripada saya sendiri. Saya merasakan bahawa ini satu cara untuk saya berbakti semula kepada peminat yang menyokong kerjaya saya sehingga ke hari ini. Cara saya nak balas budi mereka adalah dengan berkongsi," katanya kepada Harian Metro.
Zainal berkata, kebanyakan pelajar berbakat ini datang daripada keluarga kelas pertengahan dan keputusannya untuk membelikan tiket konsert kepada mereka adalah satu cara untuk mengurangkan beban mereka.
"Ada beberapa elemen yang disentuh menerusi konsert Sound Spirit ini iaitu 'passion' (minat), 'learning' (pembelajaran), 'sharing' (perkongsian) dan 'education' (pendidikan). Ini yang kami fokus.
"Saya lihat kebanyakan mereka yang berbakat ini adalah dalam kalangan masyarakat B40 dan tak semua mampu untuk membeli tiket konsert.
"Contohnya, ada universiti yang menggariskan agar pelajar menghadiri enam konsert dan buat liputan bagi mendapatkan markah.
"Tiket konsert memang mahal. Jadi, saya rasa dengan cara ini saya dapat membantu mengurangkan sedikit perbelanjaan pelajar-pelajar ini.
"Saya tak minta mereka bayar pun. Saya minta mereka datang dan belajar sesuatu. Inilah cara terbaik untuk saya menyumbang semula," katanya.
Sekiranya projek permulaan ini berjalan lancar, Zainal akan meneruskan acara konsert ini di beberapa lokasi di seluruh negara.
"Ini adalah projek permulaan. Sekiranya ada kesan positif, saya akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dan mengadakan persembahan di universiti-universiti yang ada fakulti muzik, seni kreatif dan komunikasi media," katanya.
IPT yang bekerjasama dengan Zainal untuk konsert Sound Spirit ini adalah University Teknologi Mara (UiTM, Universiti Malaya (UM), Universiti UCSI, Academy Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan Universiti Lim Kok Wing.
Selain Zainal, penonton juga dapat menyaksikan persembahan serta mendengar perkongsian daripada pemuzik-pemuzik berpengalaman iaitu Michael Veerapen, Steve Thornton dan Sunil Kumar.
Konsert Sound Spirit yang akan berlangsung di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts (KLPAC) itu juga akan menyaksikan persembahan daripada dua artis jemputan, One Juicy dan Pija Yasin.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... belanja-pelajar-ipt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|