CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2812|Reply: 8

Nabila Razali Janggal Dipanggil Puan, Baru Sedar Rupanya Dah Kahwin

[Copy link]
Post time 30-11-2023 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Nabila Razali berasa janggal apabila disapa dengan gelaran puan ketika bertemu dengan orang ramai.


Situasi janggal itu berlaku semasa dia diundang membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM), baru-baru ini.


Foto: IG




"Bila saya dipanggil puan, pada mulanya saya agak terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?


"Kemudian orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar," katanya kepada mStar.




  



Dalam masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mendedahkan tidak ada lagi peminat menegurnya dengan gaya tangan cumi-cumi (mini love).


"Dulu ramai lelaki akan tegur saya dengan tangan cumi-cumi.




  



"Tetapi bila saya berkahwin, tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya,” ujarnya.


Ditanya kehidupan hariannya sebagai isteri, Nabila berkata sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat Nik Iruwan memandangkan jadual kerja yang padat.




  



Kata Nabila, dia tidak sabar ingin menyediakan masakan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami tercinta


"Saya teringin nak masak sambal jawa. Saya tidak sabar untuk masaknya kepada suami.


  



"Itu menu pertama yang saya ingin masak buat suami," ujarnya.


Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.


  



Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla lagi ini wawancara biasa bila artis mesia baru lepas nikah. Drpd dia jawab, saya tekejut tgk ada lelaki sebelah bila bgn tido
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba pi jabatan2 kerajaan. Ko dah kawen ke belum ke, dorg akan panggil ko puan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 30-11-2023 07:01 PM
Okla lagi ini wawancara biasa bila artis mesia baru lepas nikah. Drpd dia jawab, saya tekejut t ...

Kalau nab ckp tkejut ada laki sblh, i ok lg. Tp kalau ms lum kawen pun asik membirah- cringe
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik suasana majlis perkahwinannya.

Semoga penikahan ini mendapat keberkatanNya, dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya, amein.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:31 AM | Show all posts
dia x pernah berurusan di pejabat kerajaan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel nabila ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
wafeloren replied at 1-12-2023 07:49 AM
Comel nabila ni.

Teks nasi lemak bukit antarabangsa.....telor rebus dibelah 8....

Sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 09:33 AM | Show all posts
hallahh...hallahhh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037522 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list