View: 27519|Reply: 5
|
[Dunia]
Wanita belasah lelaki di pusat beli-belah
[Copy link]
|
|
Wanita belasah lelaki di pusat beli-belah
SEORANG lelaki dibelasah sekumpulan wanita di sebuah pusat beli-belah di Las Vegas, Jumaat lalu. - Foto PROLIFICJONNY5
WASHINGTON – Seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan wanita yang marah di sebuah pusat beli-belah dekat Las Vegas dalam negeri Nevada, lapor portal berita Fox News semalam.
Kejadian berlaku baru-baru ini.
Lelaki yang identitinya tidak diketahui itu diserang oleh wanita-wanita tersebut. Mereka menampar, menumbuk, menyelak rambut, malah cuba membuka seluarnya.
Seorang penyanyi rap, Johnathan Gray yang turut dikenali sebagai PROLIFICJONNY5 merakam kejadian itu. Dia menggambarkannya sebagai insiden ganas apabila salah seorang wanita itu ditikam di mukanya.
Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan wanita yang menyerang wanita lain, mengheretnya ke lantai dan menamparnya.
Pusat beli-belah itu mengeluarkan kenyataan dengan berkata: “Kami menyedari video yang beredar di media sosial. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap tingkah laku seperti ini.
“Pegawai-pegawai keselamatan dan rakan kongsi kami di Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas bertindak balas dengan cepat untuk menangani situasi dan mengeluarkan individu tersebut (dari pusat beli-belah). – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-pusat-beli-belah/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahhhh..
Apa citer disebaliknya ye |
|
|
|
|
|
|
|
perkara biasa bagi ummah nickgurr america. |
|
|
|
|
|
|
|
yg panjang berpintal2 mcm tali atas lantai rambut dreadlock jantan tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
black lives matter |
|
|
|
|
|
|
| |
|