View: 13799|Reply: 3
|
[Dunia]
2 gempa kuat badai Kepulauan Filipina kurang dua jam - MetMalaysia
[Copy link]
|
|
2 gempa kuat badai Kepulauan Filipina kurang dua jam - MetMalaysia
Oleh Wartawan BH - Disember 3, 2023 @ 12:51am
[email protected]
KUALA LUMPUR: Lima kejadian gempa bumi direkod dalam tempoh kurang dua jam sekitar Rantau Kepulauan Filipina khususnya Mindanao malam ini, termasuk dua dikategorikan gempa bumi kuat.
Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Filipina jam 12:03 pagi tadi, pada jarak 79 kilometer (km) Timur dari Bislig, dengan kedalaman 72km.
Terdahulu jam 10.37 malam, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi lebih kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Mindanao, dengan kedalaman 85km pada jarak 42km dari tenggara Gingoog City di Filipina.
Bagaimanapun penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MetMalaysia turut memaklumkan tiga gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao dan Rantau Kepulauan Filipina antara jam 10.37 malam dan 11.21 malam tadi
Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.8 skala Richter turut dilapor berlaku di Laut Banda jam 8.01 malam tadi, pada jarak 422km Tenggara dari Ambon, Indonesia di kedalaman 113km.
MetMalaysia juga mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bala sebab konsert baru ni kot... |
|
|
|
|
|
|
|
konsert yg mana? yenna bedol ke maher zink?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|