CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12947|Reply: 5

[Tempatan] Remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing mengaku tidak salah

[Copy link]
Post time 3-12-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 13 tahun tikam pemandu e-hailing mengaku tidak salah


Tertuduh (tiga dari kiri) bersama ibu bapanya diiringi anggota polis ke kamar Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan cuba merompak pemandu e-hailing, Isnin lalu.


SUNGAI PETANI – Seorang remaja berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba merompak seorang pemandu e-hailing dalam kejadian di Taman Keladi di sini pada Isnin lalu.

Tertuduh yang masih bersekolah itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut kertas pertuduhan, anak sulung daripada empat beradik itu didakwa cuba merompak Lee Ang Hie, 65, di tepi jalan Taman Keladi, di sini kira-kira pukul 6 petang, 27 November lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, remaja terbabit yang memakai baju T berwarna merah tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani pada pukul 8 pagi tadi dan menunggu di dalam kereta milik keluarga di kawasan letak kereta.

Tertuduh hanya keluar dari kereta apabila dijemput seterusnya diiringi anggota polis ke kamar mahkamah sambil ditemani ibu bapanya.

Kosmo! pada 29 November lalu melaporkan polis menahan seorang remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing selepas mendakwa mangsa memakinya dalam kejadian di Taman Keladi. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... alah-cubaan-rompak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada dia rompak, dia tikam ja. Patutlah dia tak mengaku.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuka hati nak tikam orang. Tapi majoriti Melayu mudah sentap، kalau kena provoke dengan Cina, Melayu paling kuat tersentap
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah buat x ngaku salah. Memang tempat ko di Henry Gurney la…..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa caj merompak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
knp dia bwk pisau, dr situ kite da tau niat dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.159839 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list