CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3967|Reply: 0

[Jenayah] Bekas pekerja IT, Yew Wei Liang bersalah sebabkan kematian Syed Danial 4 tahun lalu

[Copy link]
Post time 6-12-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, mendapati seorang bekas pekerja bidang IT, Yew Wei Liang bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuhraya Utara Selatan, empat tahun lalu.

Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Ketika membaca keputusan penghakiman, Julia berkata, beban untuk membuktikan hak pertahanan diri daripada ancaman kecederaan tubuh, terletak pada bahu tertuduh, mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950.


Menurutnya, pembelaan bagi tertuduh yang berasal dari Kelantan itu gagal membuktikan mangsa melakukan ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri."Wujud hak untuk mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan khianat oleh mangsa iaitu merosakkan kereta Innova-nya, menggunakan kayu bola lisut.


"Bagaimanapun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian simati," katanya menambah bahawa kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan.


Susulan itu, Julia berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.Sebelum ini, pada 22 Ogos 2019, Wei Ling didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang juga pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Pada 20 Julai lalu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.


Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin sementara pembelaan diwakili peguam, Wee Chong Keong.Prosiding hujahan untuk sabitan hukuman, ditangguhkan ke jam 2.30 petang ini. - Sinar Harian





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.782251 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list