View: 23234|Reply: 9
|
[Tempatan]
Bunuh kucing untuk balas dendam, lelaki dijel 8 bulan
[Copy link]
|
|
SEOUL – Seorang lelaki di Korea Selatan yang membunuh dua ekor kucing pada hari sama dia memelihara haiwan tersebut dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh sebuah mahkamah daerah di Changwon kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan.
Menurut akhbar The Korean Herald, lelaki tersebut dituduh membunuh kucing-kucing itu di dalam keretanya di kawasan parkir dalam wilayah Gyeongsang Selatan pada September tahun lalu. Dia kemudian mencacatkan bangkai dua haiwan tersebut.
Tertuduh dilaporkan memelihara kucing-kucing itu hanya beberapa jam sebelum membunuh kedua-duanya.
Siasatan polis mendapati bahawa motif tertuduh adalah untuk menghina haiwan itu kerana seekor kucing liar lain sebelum itu telah mencakar keretanya.
“Kaedah jenayah defendan sangat kejam dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia menghormati nyawa (haiwan).
“Dia telah memandu lebih satu jam untuk melakukan jenayah itu, menunjukkan bahawa dia telah merancangnya dengan teliti dan telah mencederakan kucing beberapa kali sebelum ini,” kata mahkamah dalam keputusannya. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TT, Seoul tu kat Kedah ke ko nk tag tempatan?
Pakai dan je bukak thread |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang minda nya tahap sekolah rendah
you angry with something, you sit on it and ponder first
now, because he didnt do that, he has 8 months now, to just sit down and ponder |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn kucing pung nak dendam
Kalau Ada gf pastu clash mcmana la agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mental. Dgn kucing pun nk dendam. Manusia camni klu jadi jiran, baiklh korang pindah negera terus. Tak memasal satu rumah mati klu gilanya datang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap satu hari nanti die tercakar keta die pastu die berdendam ngan diri sendiri pastu bunoh diri... org mcm ni x rugi pown kalo x wujud lam dunia... menyemak jer |
|
|
|
|
|
|
|
tersalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak cakap ja sebab nak makan. Kat sana bunuh anjing sebab nak makan takpe kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|