View: 6534|Reply: 3
|
[Dunia]
Mayat pendaki terakhir yang hilang ditemui, jumlah korban meningkat 23 orang
[Copy link]
|
|
Mayat pendaki terakhir yang hilang ditemui, jumlah korban meningkat 23 orang
Pasukan penyelamat Indonesia membawa mayat mangsa letusan Gunung Marapi. - Foto REUTERS
AGAM: Angka kematian akibat letupan gunung berapi Marapi meningkat kepada 23 selepas mayat pendaki terakhir yang hilang ditemui oleh pasukan penyelamat.
Gunung Marapi di pulau Sumatera di barat Indonesia memuntahkan abu setinggi 3,000 meter (9,800 kaki), lebih tinggi daripada gunung berapi itu sendiri ketika 75 orang dipercayai mendaki di kawasan itu.
Ratusan penyelamat bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mencari pendaki yang hilang.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang, Abdul Malik berkata, pihaknya menemui seorang mangsa yang kini dalam proses pemindahan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, Basarnas, sebelum ini mengenal pasti pendaki terakhir sebagai seorang wanita.
"Seramai 23 orang disyaki maut. Kami berdoa mereka semua dapat diselamatkan namun tiada apa yang boleh kami lakukan, Tuhan dan alam sudah membuat keputusan," katanya.
Pegawai yang memantau gunung berapi itu juga mengesan sekurang-kurangnya lima lagi letupan, semalam, ketika pencarian diteruskan.
Seramai 52 orang diselamatkan sejak letupan berlaku dan beberapa mangsa yang terselamat menggambarkan keadaan panik selepas ia bermula.
Ridho, 22, berkata bunyi letupan sangat kuat.
"Saya zig-zag, turun sekitar 30 hingga 40 meter. Saya melihat ke belakang dan kemudian segera melarikan diri seperti semua orang.
"Ada yang melompat dan jatuh. Saya berlindung di sebalik batu, tiada pokok di situ," katanya.
Suharyono berkata, dua daripada 75 pendaki adalah pegawai polis di mana seorang daripada mereka terselamat.
"Mereka berdua hanya mahu melihat gunung berapi itu, kerana tidak bertugas.
"Seorang daripada mereka terselamat dan patah tangan, dia sedang dirawat oleh doktor. Yang seorang lagi, kami syak dia meninggal dunia. Kita tunggu pengesahannya," katanya.
Ketua Agensi Vulkanologi Indonesia, Hendra Gunawan berkata, Marapi berada di tahap kedua sistem amaran empat peringkat sejak 2011 dan zon pengecualian tiga kilometer sudah dikenakan di sekitar kawahnya.
"Mungkin ada pejalan kaki yang tidak berdaftar, dan kadang-kadang pejalan kaki haram tak mahu membayar dan naik sahaja," katanya.
Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di "Lingkaran Api" Pasifik, di mana plat tektonik bertembung.
Marapi adalah gunung berapi paling aktif di Sumatera dan salah satu daripada hampir 130 gunung berapi aktif di kepulauan Indonesia. - AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... korban-meningkat-23
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dipemudahkan urusan buat negara indonesia..rinduuu |
|
|
|
|
|
|
|
Jap aku x paham. Knp dorang hiking kat gunung berapi tu? X panas ke even x ada ledakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mayat budak U yang video viral tu ke? Yang sempat video call mak lepas kena letupan gunung berapi tu? Mati ke rupanya dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|