CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6830|Reply: 5

[Dunia] Muslihat Zionis

[Copy link]
Post time 7-12-2023 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Muslihat Zionis


PENDUDUK Palestin yang melarikan diri dari tengah dan selatan Gaza mendirikan khemah di kem Tall el-Sultan di selatan Semenanjung Gaza




Kuala Lumpur: Israel membuat pusingan U apabila mengarahkan penduduk di selatan Gaza, Palestin supaya jangan berganjak dari tempat perlindungan semasa masing-masing, kelmarin.

Pesawat tempur Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melayangkan risalah meminta penduduk supaya terus kekal di pusat perlindungan dan hospital atas faktor keselamatan masing-masing.

Sebelum ini, rejim Zionis mengarahkan penduduk di selatan berpindah ke Bandar Rafah yang bersempadan dengan Mesir selepas mengisytiharkan 'koridor selamat' itu kepada zon perang.

Beberapa perkongsian penduduk yang disertai dengan risalah terbaharu itu di media sosial sejak malam kelmarin, enggan mempercayai muslihat rejim itu kali ini.

Ini kerana menurut mereka, sememangnya Israel sedang melakukan serangan besar-besaran di selatan sejak gencatan senjata berakhir pagi 1 Disember lalu.

Rakyat Palestin yang berada di Malaysia, Yousuf Abuassi, 28, berkata, IDF menerusi edaran risalah terbaharu memaklumkan mereka akan memulakan serangan darat secara besar-besaran di kawasan itu.

"Israel mengarahkan penduduk yang berada di Khan Younis dan Hamad untuk tidak berganjak ke mana-mana kerana mereka akan bom secara besar-besaran.

"Pesakit di hospital juga disuruh untuk tidak ke mana-mana.

"Sekarang semua orang tak tahu nak lari ke mana lagi, malah semakin mencabar mereka susah nak cari makan dan air," katanya yang mengetahui perkembangan itu menerusi kenalannya di Gaza.

Katanya, dia bimbang keselamatan abang sulungnya, Muhammed Abuassi, 32, bersama isteri dan tiga anak mereka yang berlindung di Khan Younis selepas melarikan diri dari Semenanjung Gaza.

"Kali terakhir saya dapat hubungi mereka empat hari lalu apabila abang beritahu makan pun susah, malah hendak lari ke Rafah pun tidak lepas kerana sukar dapat kereta disebabkan tiada bekalan petrol.

"Mustahil dengan keadaan tidak selamat ini untuk berjalan kaki ke Rafah kerana ia mengambil masa kira-kira sejam maka sudah tentu perjalanan itu berisiko.

"Saya juga cuba membuat pemindahan wang untuk membantu abang kerana dia tak ada duit lagi, tetapi tidak berjaya dan kini saya tidak tahu apa jadi kepada mereka kerana kami tidak dapat berhubung lagi," katanya.

Yousuf berkata, dia turut terputus hubungan dengan ahli keluarganya yang lain termasuk ibu bapanya serta adik-beradik lain sejak 30 hari lalu.

"Kali terakhir saya tahu mereka lari ke Hospital Al-Shifa, tetapi selepas itu saya terputus hubungan terus dengan mereka.

"Sampai sekarang sudah 30 hari, saya tak dengar khabar berita langsung daripada mereka melainkan Muhammed yang sudah sampai di Khan Younis yang juga tidak tahu nasib keluarga kami.

"Setiap hari saya tidak keruan dan selalu berdoa semoga mereka semua berada dalam lindungan Allah," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/12/1037991/muslihat-zionis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 08:55 AM | Show all posts
memang isroel jahanam ni nak bunuh semua org palstin
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 7-12-2023 08:55 AM
memang isroel jahanam ni nak bunuh semua org palstin

Dah semua habosss.. senanglaa.. gaza tuu total milik depa laa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:01 AM | Show all posts
Buritan replied at 7-12-2023 08:58 AM
Dah semua habosss.. senanglaa.. gaza tuu total milik depa laa..

nasib baik aku tak ada power avengers...kalau tak sudah aku goreng bangsa ni buat kebab
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 7-12-2023 09:01 AM
nasib baik aku tak ada power avengers...kalau tak sudah aku goreng bangsa ni buat kebab

Kalo ekau ade kose avenggers... Semua serael tuu sembah ekau laaa... Lawan skit.. abiss kenaa tembak... Baru hitler pun dah kecut kote inikan avengerss
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sial israel ni tahla mampu doa je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.298918 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list