CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5187|Reply: 3

[Dunia] Novel lucah didakwa dijual dalam pesta buku Selangor, KDN siasat

[Copy link]
Post time 7-12-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Novel lucah didakwa dijual dalam pesta buku S’gor, KDN siasat

https://www.malaysiakini.com/hiburan/689180

Diterbitkan:  Dec 7, 2023 1:36 AM⋅
Dikemaskini: 1:00 PM



Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan siasatan terhadap dakwaan terdapat novel lucah dijual dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF2023) yang sedang berlangsung di Shah Alam.

“Urus setia SIBF2023 sentiasa bekerjasama dengan pihak KDN bagi membuat pemantauan untuk menyemak kandungan yang dipamerkan dari masa ke semasa,” kata pengarah acara itu Zafrullah Aris.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Zafrullah berkata pelbagai langkah telah diambil oleh pihak urus setia bagi memastikan kandungan yang bersesuaian untuk penjualan atau edaran kepada pengunjung.

“Taklimat dan peringatan kepada semua yang terlibat di SIBF2023 sentiasa dilaksanakan sama ada sebelum mahupun semasa pesta berlangsung,” katanya.

Menegaskan masih terdapat banyak bacaan berkualiti ditawarkan, dia bagaimanapun tidak mendedahkan langkah-langkah yang diambil pihak mereka.

"SIBF2023  berbaki empat hari lagi, masyarakat  diseru  dan  dijemput  hadir  tanpa gusar di samping merebut pelbagai tawaran dan menyertai aktiviti menarik di SIBF2023,” katanya.

Setakat ini tidak jelas buku apa yang dirujuk penganjur.

Bagaimanapun terdapat beberapa aduan di media sosial yang menamakan buku-buku yang diterbitkan semula daripada tulisan di portal perkongsian kisah asli Wattpad di Internet.

Kulit buku itu juga menyatakan bahawa ia untuk bacaan dewasa.

Malaysiakini sedang cuba mendapat maklum balas penerbit novel-novel yang itu yang beralamat di Kajang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Liberal sungguh…
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Budaya lucah & seks bebas secara terbuka macam ni barulah Madani.. Terbaik PH... Perjuangan semakin berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Liberal kannnnnn, acah2 terpaling urban, katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052313 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list