CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17363|Reply: 1

[Tempatan] Tun M a.k.a Thanos kiciwa Isu Gaza: 'Manusia tidak lagi bertamadun'

[Copy link]
Post time 8-12-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – Bekas perdana menteri mendakwa dirinya sudah hilang kepercayaan terhadap tamadun sedia ada kerana tiada tindakan diambil untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.


Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, krisis kemanusian yang meragut ribuan nyawa rakyat Palestin akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis itu seolah-olah tidak disedari masyarakat dunia.

“Seluruh dunia sedang menonton kejadian itu di televisyen, namun tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran tersebut.

IKLAN
“Bagaimana kita boleh mengaku bertamadun tetapi pembunuhan beramai-ramai dibiarkan berlaku sedangkan ia diketahui oleh masyarakat dunia, namun tiada tindakan diambil dalam menegakkan kebenaran mengenai hak yang dimiliki oleh manusia iaitu hak untuk hidup,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Media antarabangsa melaporkan, Israel melanjutkan serangan yang lebih dasyat terhadap wilayah Gaza selepas genjatan senjata selama tujuh hari bermula 24 November lalu dilaksanakan dengan alasan pihak Hamas telah melanggar jeda operasi dan menembak ke arah wilayah Israel.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Gaza juga melaporkan sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel sejak konflik 7 Oktober lalu.

Ujar Mahathir, serangan itu dilakukan secara rawak tanpa belas kasihan dan menyasarkan kepada semua golongan tidak kira lelaki, wanita, bayi, orang kurang upaya (OKU) termasuk pesakit di hospital.

“Hari ini lebih 16,000 rakyat Palestin di Gaza telah terbunuh. Kota Gaza telah dihancurkan. Rakyat tidak mempunyai bumbung di atas kepala mereka.

“Mereka tinggal di tempat terbuka kerana mereka tidak boleh tinggal walaupun di hospital dan sekolah. Mereka ini juga sedang dimusnahkan oleh Israel,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 12:53 AM | Show all posts
Lagi x bertamadun manusia yang tak kenal erti puas....kafir pun tahu erti main politik..bersara..berundur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.694176 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list