CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10669|Reply: 33

[Tempatan] Ini sebabnya wanita lebih stres berbanding lelaki

[Copy link]
Post time 9-12-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-12-2023 04:27 AM

KEHIDUPAN wanita pada hari ini bukan sahaja menggalas tanggungjawab di rumah tetapi juga sebagai wanita bekerjaya dan turut memegang peranan penting dalam institusi kemasyarakatan lantas mereka perlu berada dalam keadaan sihat, tenang, bertenaga dan gembira.

Namun, gangguan hormon merupakan musuh utama kepada wanita kerana ia mengganggu keseluruhan kehidupan baik dari segi emosi, kesejahteraan dan kesihatan.

Wanita mempunyai banyak suis hormon berbanding lelaki yang hanya satu sahaja gangguan hormon iaitu testosteron. Maka, wanita lebih kompleks tetapi unik dan istimewa dengan cara mereka tersendiri.

Menurut Doktor Hormon, Dr. Linda Mat Hassin, dalam tubuh manusia terdapat lebih 50 jenis hormon dan ia perlu dioptimumkan (tidak terlebih ataupun terkurang).

“Wanita lebih banyak terdedah kepada stres berbanding lelaki kerana gangguan hormon yang banyak.

“Oleh itu, hormon wanita perlu seimbang (optimum) supaya kesihatan mental, fizikal dan kesejahteraan secara keseluruhan berada dalam keadaan baik.

“Apabila hormon wanita seimbang, maka mereka boleh membuat keputusan yang penting dengan tenang tanpa rasa takut,” kata Pengasas Skyhill Clinic.

Tambahnya, wanita sekarang memegang peranan yang besar dalam bidang pekerjaan, maka gangguan hormon perlu diberi perhatian agar tidak mudah emosi, cepat marah dan menimbulkan pelbagai masalah kepada staf di bawahnya.

Terang beliau, wanita bekerjaya perlu optimumkan dua hormon iaitu estrogen dan progesterone supaya emosi stabil, tidak mudah stress dan lebih fokus dalam kerja.

“Sebagai contoh, progesteron membantu wanita untuk membuat keputusan yang bijak dan tenang sama ada urusan di pejabat mahupun di rumah.

“Hormon yang optimum juga membantu wanita tidak cepat letih meskipun melakukan pelbagai tugasan di rumah dan pejabat,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Lebih membimbangkan, apabila berumur 30 tahun ke atas hormon akan menurun (menjunam) dan wanita lebih cepat mengalami krisis hormon itu berbanding lelaki.

Sehubungan itu, Dr. Linda menyarankan wanita yang mengalami simptom gangguan hormon agar membuat pemeriksaan di klinik yang menyediakan perubatan hormon.

“Pesakit akan menjalani dua jenis ujian lazim iaitu pengambilan darah ataupun rambut bagi mengenal pasti gangguan hormon.

“Berdasarkan keputusan ujian darah itu, doktor akan memberikan pil dan krim yang diformulasikan khas untuk merawat gangguan hormon tersebut yang dikenali sebagai Bioidentical hormone therapy (BHRT) dan setiap orang tidak sama.

“Di Malaysia bidang ini masih baharu dan masyarakat belum membuka mata akan kepentingan rawatan hormon berbanding perubatan konvensional,” kata Ikon Wanita Pulau Pinang itu.

Dalam pada itu, Dr. Linda turut kongsikan lima tip untuk seimbangkan hormon wanita seperti berikut:

Diet

Amalkan pemakanan yang baik dan sihat kerana perut adalah rumah penyakit. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan adalah berkhasiat untuk tubuh badan.
Sebagai contoh, ambil makanan yang mengandungi lemak baik seperti santan, avokado dan omega-3. Ia sangat baik untuk membantu seimbangkan hormon wanita.

Perhubungan

Jaga perhubungan yang baik sesama manusia dan juga pencipta. Perkara ini banyak disarankan oleh pakar motivasi dan para doktor kerana sudah ada kajian mengenainya.

Senaman

Jangan abaikan senaman walaupun melakukan pergerakan ringan kerana ia sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Malah, ada kajian mendapati berjalan 10 minit boleh memanjangkan umur.

Tidur

Pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya dan paling lewat tidur ialah pada pukul 12 tengah malam.
Hormon awet muda  atau human growth hormone (HGH) dirembeskan pada pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi.

Senyum & Syukur

Kawalan stres sangat penting untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Oleh itu, dikongsikan dua S yang boleh kita praktikkan iaitu senyum dan syukur.

Tahukah anda, ketika senyum kita merembeskan empat hormon gembira? Iaitu oxytocin, dopamine, serotonin dan endorphin.

Empat hormon gembira ini penting untuk memastikan wanita kekal sihat dan ceria.

Seterusnya, jangan lupa bersyukur. Kajian daripada Dr. Joe Dispenza mendapati apabila kita menghadirkan syukur akan menggantikan rasa takut dalam hidup.
Islam juga mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan nikmat.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkah..gambar hiasan tuan tanah kedaung x menahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Diet, hubungan baik, tidoq, senaman dan senyjm dan syukur..

So easy..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 06:19 AM | Show all posts
lupa dah picture ni dari konteks apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:07 AM | Show all posts
bila tengok balik bidio2 viral baru perasan malaysia pun punya ramai "karen"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 12-12-2023 06:19 AM
lupa dah picture ni dari konteks apa

Staf upm mengamuk lepas kena hon sb buat uturn tiba2
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:38 AM | Show all posts
nikaido replied at 12-12-2023 11:15 AM
Staf upm mengamuk lepas kena hon sb buat uturn tiba2

u turn kat traffic light sedangkan laluan bertentangan lampu hijau.

dah kene hon, apa dia buat?

1. hon lama2 dari belakang.

2. potong belah kiri utk maki pemandu di pihak btol.


dasar betine sial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 12:18 PM | Show all posts
aku stress satu je pagi2 jog nk aman taknak tegur sapa2 bukan nk cari kawan nk jalan smbil amik angin tup tup ada celaka tua tak reti bahasa. ada skli tu aku tak reti nk kontrol emo kt situ jugak aku marah pastu terus pegi kt keta cancel terus joging. babi punya jantan jelaka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:21 PM | Show all posts
dh berumur ni, nak tenang2 je
hanya menegur bila ada yg dh melampau je
kalau takat geli geli je, malas layan
yg melampau pun, takat bg sedas dua, pastu lantak ko situ
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:27 PM | Show all posts
Hormon jugak yang dipersalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:09 PM | Show all posts
im convinced gaya hidup moden acuan western is the culprit... masculinized role of women... mindset penat belajar tinggi2, then feeling obligated to kejar kerjaya yg keluar 6am balik 7pm... and yes i agree to some extend benda tu kacau hormon... kenapa ada yg nak meremehkan masalah hormon ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gue stresssssss

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:53 PM | Show all posts
tekanan yang tidak terurus boleh menyebabkan bencana juga.  sebab tu kita yang kurang stress kena alert dengan surrounding,  dengar2 ahli dan rakan kita yang tengah koyak.  mungkin kita boleh membantu menyelamat dari berlaku masalah lebih besar.  kita tak nak tekanan melampau sampai orang sanggup jadi wahab dan orang2 jijik sewaktu dengannnya..  sebab nak pendapatan lebih.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 03:14 PM | Show all posts
sebab tu kena ada pasangan. bila stress tarik masuk bilik. kurangla stress tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 05:59 PM | Show all posts
venom1 replied at 12-12-2023 03:14 PM
sebab tu kena ada pasangan. bila stress tarik masuk bilik. kurangla stress tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 05:13 AM | Show all posts
nikaido replied at 12-12-2023 11:15 AM
Staf upm mengamuk lepas kena hon sb buat uturn tiba2

Ah ye..Haematologist tu.
Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:12 AM | Show all posts
rajin2 bersenam & jgn suka scroll social media yg tak berfaedah tu. sure x stress sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 12-12-2023 11:38 AM
u turn kat traffic light sedangkan laluan bertentangan lampu hijau.

dah kene hon, apa dia buat?

doktor pakar ya..merangkap konsultan plus doktor pengajar..
terpaling pandai bab2 medical pun tak boleh nk kawal hormonal imbalance ya
apatah lg kita
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2023 12:18 PM
aku stress satu je pagi2 jog nk aman taknak tegur sapa2 bukan nk cari kawan nk jalan smbil amik angi ...

dah tua2 pun ada jantan yg mengayat ke sis?
jelaka btol rentua tu kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081148 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list