CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14895|Reply: 21

Diana Danielle Belum Sedia Tambah Anak

[Copy link]
Post time 9-12-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Diana Danielle menafikan dakwaan netizen dirinya kini mengandung anak ketiga sebaliknya tubuhnya nampak berisi kerana peningkatan berat badan sebanyak 10 kilogram ketika ini.


Menurut Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, dia kini memang dalam tempoh berselera untuk makan sejak Jun lalu dan perkara itu memang dilaluinya pada setiap tahun.






"Sebelum ini, saya memang susah untuk makan dan naik berat badan kerana seperti yang anda semua tahu mama dan anak saya, Aurora pun memang jenis kurus.


"Bukan saya sahaja, suami, Farid juga bertambah berat badan sehingga mencecah sebanyak 90 kilogram kerana pembantu rumah kami juga suka memasak apa sahaja di rumah.


"Cuma satu sahaja saya berasa terkilan kerana semua jeans sudah tidak muat dan sekarang hanya boleh pakai skirt dan kaftan," katanya ketika ditemui Harian Metro pada majlis pelancaran butik baharu jenama tempatan, Mimpi Kita di The Exchange TRX di sini, semalam.


Mengulas soal anak pula, kata Diana, dia masih belum bersedia untuk menambah anak kerana mahu memberi fokus pada dua anaknya yang semakin membesar.






"Saya faham niat baik orang yang bila nampak pasangan itu bahagia, mereka akan fikir sama ada saya sudah mengandung bila nampak berisi.


"Tapi hakikatnya, saya masih belum bersedia kerana Aurora baru sahaja berusia 8 tahun dan belum puas jadi anak bongsu," katanya.


Beralih soal rumah tangga pula, kata Diana, rumah tangganya bersama pelakon Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 42, juga bahagia selepas mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu.


"Alhamdulillah, keputusan yang kami buat untuk rujuk semula juga berbaloi kerana anak-anak kembali ceria dan prestasi mereka dalam pelajaran juga meningkat di sekolah.


"ada masa sama, kami masih perbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri masing-masing untuk kebahagiaan dalam rumah tangga setiap hari," katanya.


Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa badan mcm ni...sedang2...muka pun jd lagi lawa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada maid? Siapa bayar?

Dulu sewa rumah pun dd bayar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan nanti dah kurus balik tiba2 keluar produk kurus
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh reg. rujuk ke belum lagi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Register je dulu rujuk walau pregnant atau tak. Parit pun rajin2 la ke mahkamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah lah tambah anak. Makbapak saiko...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hal rujuk pun tak mampu nak uruskan betul2, nanti beranak kesian budak tu. Mak bapak mereng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 10-12-2023 07:29 PM
Tak payah lah tambah anak. Makbapak saiko...

Saiko nak mampus ini. Tuhan maha adil bagi jodoh sekufu walau kacukan americaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 05:30 PM | Show all posts
preggy tak preggy. dftr rujuk dulu... jangan ingat asal main je dah rujuk rasmi.... jap lagi anak next tu tak leh nak berdaftar, hidup susah... dah la laki tu anytime boleh masuk 'bilik rahsia dewasa' tu balik... nak sejarah diri berulang kat anak-anak ke??? hidup jangan bimbo sangat walaupun tak sekolah.... mana adik beradik ipar duai yang suka sibuk hal orang tu tak nak nasihat sekali ke...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai netizen aku merasakan rugi cantik2 mcmni kawin dgn yg mcmtu. Ni kategori cantik lawa jelita tau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
DeLuna85 replied at 12-12-2023 06:24 PM
Sebagai netizen aku merasakan rugi cantik2 mcmni kawin dgn yg mcmtu. Ni kategori cantik lawa jelita  ...

Hahaha
Die pn sanggup jilat balik
Sapa la kite to menidakkn
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju komen2 daftar dulu tu
Jgn la nmpk sgt jahil.
Xde ke org tua2 dlm family nk nasihat
Ke dieorg pn mls nk layan dah hahahha

Dah la mase mula2 nikah tu pg blaja smpi aussie kan
Ade bawak balik sijil ke x tuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tambah anak ke apa sila daftar blk kang tak memasal status anak..kesian budak tu jd mangsa kekhilafan mak pak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 09:02 AM | Show all posts
missyL replied at 12-12-2023 06:28 PM
Setuju komen2 daftar dulu tu
Jgn la nmpk sgt jahil.
Xde ke org tua2 dlm family nk nasihat

aku tertnya2 selama ini . Betul ke dia belajr sampai sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
yum3 replied at 13-12-2023 09:02 AM
aku tertnya2 selama ini . Betul ke dia belajr sampai sana?

Hahaha
Ntah laaa labu

Yg pasti abes blaja tros kuar cik mat hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum fikir tambah anak tu ko gi sahkan rujuk ko tu kt mahkamah syariah dlu, bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
yum3 replied at 13-12-2023 09:02 AM
aku tertnya2 selama ini . Betul ke dia belajr sampai sana?

Dulu ada org bocor yg
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2023 08:14 AM | Show all posts

alaaa cter le  I tertinggal keteapi ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.068699 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list