CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8894|Reply: 3

[Tempatan] Balasan cangkul majikan, suami isteri dijel 35 tahun

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Balasan cangkul majikan, suami isteri dijel 35 tahun
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
11 Disember 2023, 10:55 am



TERTUDUH yang juga seorang amah, Ekalia dan suaminya, Bartolomeus Fransceda dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh majikannya pada Mac 2019. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!


JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara selama 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka, tiga tahun lalu.

Hakim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh Bartolomeus Fransceda dan Ekalia masing-masing 23 tahun, menukar pengakuan mereka kepada bersalah, pada 29 November lalu.

Bagaimanapun tertuduh pertama iaitu Bartolomeus yang juga bekerja sebagai tukang kebun turut diperintahkan disebat 12 kali, manakala isterinya, Ekalia yang bekerja sebagai amah diperintahkan hanya menjalani hukuman penjara.

“Mahkamah ini telah menghalusi hujahan lisan dan bertulis mitigasi peringanan hukuman yang dikemukakan oleh peguam tertuduh yang terpelajar dan hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar, serta menimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

“Mahkamah ini turut mengambil kira Kenyataan Impak Mangsa [VIS] dan fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwaan serta prinsip-prinsip penghukuman, mahkamah ini menjatuhi hukuman ke atas tertuduh 1 (Bartolomeus) penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan sebatan rotan 12 kali.

“Bagi tertuduh 2 (Ekalia) penjara 35 tahun mulai tarikh tangkap dan tiada sebatan rotan,”katanya.

Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama-sama membunuh Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Palm Resort, Senai, Kulai, kira-kira pukul 2 petang, 17 Mac 2020.

Mereka ditangkap empat hari kemudian iaitu pada 21 Mac 2020 di sebuah restoran di Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, pada 29 November, pihak pendakwaan mengemukan bukti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Dalam analisis CCTV tersebut, tertuduh pertama iaitu Bartolomeus, dan kedua, Ekalia, telah membunuh si mati dengan menggunakan cangkul kecil mempunyai dua mata tajam.

Tertuduh pertama dan kedua telah memukul si mati dengan cangkul kecil itu di bahagian kepala ketika si mati sedang berehat, sebelum mereka mengambil Toyota Alphard serta telefon bimbit mangsa untuk ke Kuala Lumpur bagi bertemu rakan bagi mencari kerja baharu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala dua tertuduh diwakili peguam, Ooi Pen Lyn dan S Selvi.-KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian majikan mati terseksa... yg kena hukum tk terseksa mana. makan free
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
muka baik.. inesen...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun majikan ko zalim xpayah bunuh ko blah je cari keje lain.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056525 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list