View: 3818|Reply: 12
|
[Dunia]
Pemilik bina dapur di koridor flat
[Copy link]
|
|
Pemilik bina dapur di koridor flat
Kawasan koridor di hadapan rumah warga emas itu dipenuhi dengan pelbagai perkakas dapur. - Shin Min Daily News
SINGAPURA – Seorang pemilik rumah di Singapura menerima kecaman ramai selepas mengubah suai kawasan koridor di hadapan unit pangsapurinya menjadi dapur dengan meletakkan pelbagai perkakasan, lapor portal berita Asiaone hari ini.
Sebuah hantaran di Facebook tular minggu lalu selepas memuat naik rakaman memaparkan periuk elektrik, periuk dan kuali yang diletakkan di luar sebuah unit kediaman di Henderson Crescent.
Lelaki warga emas, yang merupakan pemilik rumah itu didakwa membenarkan penyewanya memasak di kawasan koridor.
Apabila wartawan akhbar Shin Min melawat kediaman itu pada Jumaat lalu, seorang pelajar berusia 22 tahun didapati sedang memasak di koridor tersebut.
Menurutnya, terdapat lima individu menyewa rumah tersebut dengan bayaran SGD$350 (RM1,219) setiap seorang, sebulan.
“Saya tinggal sebilik dengan dua rakan. Dua orang lagi berkongsi satu bilik. Pemilik rumah ada bilik sendiri di sini, namun jarang muncul,” katanya.
Tambah pelajar tersebut, penyewa rumah itu tidak memasak pada waktu siang sebaliknya hanya masak mi segera di koridor pada waktu malam.
Mengenai kes itu, Majlis Bandar Tanjing Pagar berkata: “Pihak majlis mengetahui kes ini kerana lelaki warga emas yang tinggal di unit itu mempunyai masalah menyimpan barang yang teruk.
“Sejak beberapa bulan lalu, kami berusaha mengurangkan barang di sepanjang koridor. Kami melakukan pembersihan sebanyak dua kali tahun ini tetapi kawasan itu terus dipenuhi dengan barang baharu,” jelasnya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ur-di-koridor-flat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sapa yg jadi jiran depa ni… bau lagi, kebersihan lagi, belum kira kalau ada tikus lipas |
|
|
|
|
|
|
|
Masak meggi ja pun berkecah |
|
|
|
|
|
|
|
what???
SGD350 is RM1219???
mahalnya duit mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Hoarder... Kat dapur sebenar agaknya dah penuh brg. Jadi buat dapur kat luar yg pun dah penuh barang.
|
|
|
|
|
|
|
|
kiasuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 12-12-2023 06:55 AM
Hoarder... Kat dapur sebenar agaknya dah penuh brg. Jadi buat dapur kat luar yg pun dah penuh barang ...
Sedara aku pun byk horders.. ari tuu aku mai dia tumbuk sambal kat ruang tamu.. dia ckp dapo koto hahahaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti rumah dah penuh dengan junk hinggakan terpaksa memasak di koridor |
|
|
|
|
|
|
|
Masak kat luar tu jemputlah jiran2 makan skali.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
negara dgn pendapatan pak menteri antara yg tertinggi di dunia |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan leluhur td..tp tu lah leluhur ada duk flat ka? derang misekin cemana pun duk atas tanah kot..
sekali singapork..mentaliti kelas tertinggi dunia end up masak dkt corridor je?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|