Sekurang-kurangnya 17 cedera kereta api bertembung
Rom: Sekurang-kurangnya 17 orang cedera dalam nahas kereta api di utara Itali pada Ahad.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta api berkelajuan tinggi bertembung dengan kereta api wilayah di landasan kereta api yang menghubungkan Bologna dan Rimini antara wilayah Faenza dan Forli pada hujung minggu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan jabatan bomba di X.
LOKASI kereta api bertembung. FOTO AFP/Vigili Del Fuoco
Agensi berita Itali ANSA melaporkan sekurang-kurangnya 17 orang cedera ringan dalam nahas itu.
Syarikat kereta api Itali berkata berikutan nahas itu, perkhidmatan kereta api di laluan berkenaan dihentikan.