View: 8443|Reply: 0
|
[Tempatan]
‘Hujan ribut’, rakyat Malaysia tetap belanja lebih
[Copy link]
|
|
Hutang kad kredit selain ‘beli dulu, bayar kemudian’ (BNPL) menjadikan rakyat Malaysia mudah terjerumus dalam hutang. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia kekal berbelanja lebih walaupun pada masa sukar.
Hakikatnya, sudah menjadi tabiat untuk kita berbelanja wang yang belum lagi diperoleh dan bagi penganalisis seperti Kimberly Law dan Yugendran Sivakumaran, trend seperti ini sangat membimbangkan.
“Terdapat banyak sangat godaan dan tekanan untuk mengekalkan gaya hidup tertentu,” kata Law yang juga pengasas bersama perunding kewangan Uno Advisers kepada FMT Business.
Beliau mengaitkan kecenderungan berbelanja berlebihan susulan kurangnya pemahaman terhadap kewangan peribadi.
Kurang celik kewangan terserlah dalam banyak aspek kehidupan rakyat Malaysia.
Ramai beranggapan keperluan berbelanja supaya tidak nampak ketinggalan. Daripada kad kredit kepada skim bayaran mudah seperti “beli dulu, bayar kemudian” (BNPL).
Bagaimanapun, ramai akhirnya tidak mampu membuat pembayaran tersebut.
Pembelian tanpa kawalan jelas terpapar mengambil kira sehingga Julai 2023, rakyat Malaysia keseluruhannya menanggung hutang RM35.89 bilion melibatkan kad kredit, menurut data Bank Negara Malaysia (BNM).
Lebih membebankan apabila hakikatnya ramai tidak mempunyai pendapatan tinggi dengan 50% rakyat Malaysia meraih gaji bulanan kurang RM2,250, itupun sekadar ‘cukup makan’, apatah lagi berbelanja tanpa kawalan.
Ads by Kiosked
Dapatan Pusat Kajian UCSI, baru-baru ini mendapati sekitar 73% belia dalam hutang, kesan daripada kurangnya celik kewangan.
Galak rakyat menyimpan
Justeru itu, penting pendidikan pengurusan kewangan untuk membantu rakyat menyimpan berdasarkan jumlah pendapatan, kata Yugendran.
Katanya, melaksanakan bengkel secara bersasar dalam komuniti berpendapatan rendah juga antara langkah perlu diambil.
“Inisiatif seumpama ini perlu fokus kepada kawasan di mana tahap pendidikan mereka secara umumnya rendah,” katanya.
Dalam pada itu, Law berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai dua akaun bank berasingan bagi simpanan dan belanja. “Asingkan dulu sejumlah wang untuk disimpan, lebihan barulah untuk belanja,” katanya.
Katanya, e-Dompet dan khidmat perbankan digital mestilah digunakan hanya untuk kecemasan sahaja. Bagi pembayaran biasa, beliau syorkan potongan automatik apabila mendapat gaji berbanding pemindahan secara manual. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|