CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4292|Reply: 0

[Tempatan] Selepas setahun, keluarga Beng Hock jumpa pegawai PMO

[Copy link]
Post time 14-12-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 14-12-2023 09:58 AM

Ingat ada penyelesaian lain bila pentadbiran negara bertukar tangan....
DAP kan ada dalam kerajaan, tak boleh nak bantu ke.....


Selepas setahun, keluarga Beng Hock jumpa pegawai PMO
Wong Kang Jia
Diterbitkan:  Dec 13, 2023 9:24 PM
Dikemaskini: 9:24 PM
Kecewa selepas menunggu selama setahun untuk bertemu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi dan kakak kepada mendiang, Teoh Lee Lan bertemu pegawai Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Pegawai berkenaan yang hanya dikenali sebagai Ariff, bertemu pengerusi kumpulan itu, Ng Yap Hwa dan Lee Lan pada kira-kira 3:20 petang.
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira 25 minit.
Ng ketika mengadakan sidang akhbar di luar Pejabat Perdana Menteri selepas itu berkata mereka telah menyampaikan tuntutan mereka kepada Ariff yang berjanji akan memanjangkan perkara itu kepada Setiausaha Politik Anwar, Chan Ming Kai.

Katanya, mereka cuba membuat temu janji bertemu Anwar setahun lalu tetapi tidak membuahkan hasil.
“Pakatan Harapan adalah pihak yang memperjuangkan perjuangan Beng Hock sejak (dia meninggal dunia) 14 tahun lalu. Mereka harus membuat beberapa perubahan apabila mereka berkuasa hari ini," kata Ng.
Ng turut membangkitkan insiden "mata lebam" Anwar satu ketika dahulu dan menegaskan pesalah mesti bertanggungjawab dan menerima hukuman.
Sambil menunjukkan gambar mata lebam Anwar, Ng berkata presiden PKR itudiserang ketika dalam tahanan, menyebabkan dia hadir ke mahkamah dengan mata lebam.
Insiden itu kemudiannya mengemparkan negara yang menyaksikan Ketua Polis Negara, Rahim Noor ketika itu dipertanggungjawabkan dan menerima hukuman.
Menurut Ng, dia kesal kerana sehingga kini tiada pegawai SPRM dipertanggungjawabkan atas kematian Teoh semasa dalam tahanan.
Justeru dia menggesa Anwar segera mengarahkan agar siasatan dibuka semula bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab atas kematian Beng Hock dibawa ke muka pengadilan.
Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009, di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat semalaman di tingkat 14 bangunan berkenaan yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor.
Ketika itu dia adalah pembantu politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Seri Kembangan dari DAP, Ean Yong Hian Wah.
Pada 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja memutuskan bahawa Beng Hock didorong untuk membunuh diri berikutan soal siasat agresif oleh pegawai SPRM.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa kematiannya disebabkan oleh perbuatan “individu atau individu yang tidak dikenali”, termasuk pegawai SPRM yang menyoalnya semalaman sebelum dia ditemui mati.
‘Najib pun pernah jumpa kami’

Sementara itu, Lee Lan berkata sebelum ada menghadiri pengebumian Teoh bersama-sama pemimpin PH sebelum dia dilantik menjadi perdana menteri.



“Dia berduka dan menitiskan air mata di dewan persemadian, semua itu kerana seseorang yang tidak bersalah kehilangan nyawa terkait dengan suruhanjaya antirasuah," tegasnya.
Dia mempersoalkan mengapa Anwar kelihatan keberatan untuk bertemu mereka. Malah, katanya, bekas perdana menteri Najib Razak sekali pun pernah bertemu mereka.
"Najib ketika jadi PM pun pernah bertemu keluarga Teoh, jadi kami tidak faham mengapa mengatur pertemuan yang mudah perlu menunggu selama setahun,"ujarnya.
Dia juga menggesa orang ramai supaya tidak melupakan ketidakadilan terhadap Beng Hock dan mengambil setiap peluang untuk menyoal Anwar dalam mencari keadilan untuk mendiang.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.631915 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list