View: 6621|Reply: 15
|
"Sesungguhnya Tipu Daya Wanita Itu Sangat Dahsyat," Lelaki Dikecam Cedok Tafsir Al-Quran Tak Ikut Konteks Sebenar!
[Copy link]
|
|
Seorang individu menegur stiker pada bahagian cermin belakang sebuah kereta yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Stiker terbabit memetik terjemahan bahasa Melayu daripada ayat suci al-Quran bagi surah Yusuf ayat ke-28 yang berbunyi: "Sesungguhnya tipu daya wanita itu sangat dahsyat."
Menurut individu tersebut, adalah tidak wajar ayat al-Quran dipetik secara sembarangan kerana dibimbangi boleh membawa kepada salah faham orang ramai.
Foto: X
"Wanita yang dimaksudkan dalam surah Yusuf ayat ke-28 itu adalah tentang seorang perempuan yang berbohong mengenai Nabi Yusuf. Ia seharusnya khusus kepada perihal itu sahaja.
"Tolong la jangan sesuka hati ambil ayat al-Quran tanpa konteks yang jelas, ini kalimah Allah, jangan buat main-main.
"Macam contoh stiker kereta ni, apabila ayat al-Quran diletakkan macam tu saja, ia seolah hendak memukul rata semua wanita sebagai suka bermain tipu helah.
"Kalau hati tersakiti pun, jangan guna ayat al-Quran untuk merendahkan semua wanita kerana pada realitinya hanya seorang perempuan yang mengguris perasaan kamu," tulisnya di X.
Katanya lagi, dia juga berharap agar orang ramai cuba mendalami dan memahami makna di sebalik ayat suci al-Quran.
"Saya bersuara ini sebagai pesanan untuk diri saya juga, kalau berpeluang tolong cari guru untuk belajar tafsir supaya kita dapat memahami al-Quran dengan lebih baik.
"Kemudian belajar bahasa Arab, barulah kita akan nampak keindahan sastera dalam al-Quran.
"Tidak semestinya perlu berguru, boleh juga kita membuat pembacaan menerusi buku yang bersesuaian," kata pelayar tersebut.
Melewati ruangan ciapan balas, warga maya juga menzahirkan rasa gerun apabila melihat penggunaan ayat suci al-Quran secara sewenang-wenangnya itu.
"Letak stiker Islamik macam ni, kemudian bawa kereta pula secara berbahaya, memang mengundang kemarahan, langsung tak melambangkan keperibadian seorang Muslim.
"Memberikan persepsi buruk kepada mereka yang bukan Islam. Saya pun pernah ada seorang pakcik yang letak stiker berbunyi, 'Jihad Fisabillillah', tapi nak jejak kaki ke masjid memang jarang sekali.
"Kalau sebarkan ayat al-Quran tanpa konteks yang penuh, ia membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat andaian.
"Jika andaian itu salah, tanggunglah dosa sehingga ke akhir hayat," ujar warga maya berkongsi pendapat. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia tipu bapak dia so lahirlah dia yg bangang & bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
spesies bebal yg entitle.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu ayat al-Quran yang selalu disalahtafsir & disalahguna ialah "fitnah lebih teruk drpd membunuh". Dia tafsirkan fitnah tu macam membawang, buat tuduhan palsu, gossip... padahal fitnah dalam context surah-Albaqarah tu menjurus kepada syirik, bukannya buat tuduhan jahat or membawang perkara yg tak betul.
Lepas tu some artis2, influencers & orang yang jahil & bengap pakat share salahtafsir tu dan di-iyakan oleh pengikutnya yang jahil & bengap. jadiklah jahil bengap bertingkat2.
Sesuka hati buat tafsiran sendiri ikut kehendak dia lepas tu pi share & ajar kat org.
Bukanlah aku nak kata buat tuduhan jahat tu elok & tak berdosa, tapi jangan sewenang-wenangnya tafsir ayat Al-Quran ikut pemahaman sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
spesis babi patriarchy la ni..duk rasa dia tu jantan alpha, nak jadi leader sentiasa..phuii |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai² twist ayat qoran ikot kepentingan sendri xpa pulak.
Paling byk aku tgk yg amik pemahaman sesedap rasa bab aurat ngn poligami.
P baca sendri lah malas nk tazkirah panjang².
Ini pagi manyak sebok.
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak je manusia ni amik ayat Quran separuh separuh. Yang paling kerap guna pasal poligami.
Polishit P** pun banyak guna ayat Quran utk justify apa apa yg dorang buat walaupun sebelum tu dia meriah komen negatip kat org lain buat benda sama.
penunggang terpaling. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya tafsir ayat ikut pemahaman sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul...buat tafsiran mengikut otak kecik manusia ni la yg menyebabkan zabur. taurat dan injil tercemar...
alquran adalah benteng terakhir manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu dia ckp pasal mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
suka hati dia je ek...geramnya dgn org mcm ni... driver2 yg suka lekat2 sticker kt cermin belakang ni sgt2 la low class mentality...malu la kt orang Singapura bila tengok kereta mcm ni atas highway... |
|
|
|
|
|
|
|
I like him; he gets irritated about people like this. He believes that people with stickers on their rearview mirrors are incredibly low class. So let's play super mario bros wonder with me during this epidemic season, it's ideal
|
|
|
|
|
|
|
| |
|