View: 30025|Reply: 6
|
[Tempatan]
10% cukai jualan barangan import dalam talian mulai 1 Januari 2024
[Copy link]
|
|
10% cukai jualan barangan import dalam talian mulai 1 Jan
https://www.freemalaysiatoday.co ... talian-mulai-1-jan/
FMT Reporters - 15 Dec 2023, 8:50pm
Cukai ke atas barangan import bernilai rendah itu sepatutnya berkuat kuasa 1 April lalu.
Cukai itu akan dilaksanakan ke atas barangan berharga bawah RM500 yang dibeli dalam talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
PETALING JAYA: Cukai jualan 10% akan dikenakan ke atas barangan dijual dalam talian berharga bawah RM500 mulai 1 Jan ini, menurut panduan kastam baru-baru ini.
Cukai barangan bernilai rendah itu akan dikenakan ke atas barang yang dibeli dalam talian dan dihantar ke Malaysia oleh vendor berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Cukai itu diperkenalkan menerusi pindaan kepada Akta Cukai Jualan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2022, dan sepatutnya mula berkuat kuasa 1 April lalu tetapi ditangguhkan.
Tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu kerajaan menjangkakan kutipan RM200 juta setahun daripada cukai itu.
Timbalan menteri kewangan ketika itu, Shahar Abdullah dilaporkan berkata, cukai itu akan menyamaratakan peluang bagi peniaga dalam talian dalam dan luar negara, seterusnya memperkasakan pasaran serta peniaga tempatan.
Cukai itu pertama kali dicadangkan menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022.
Bulan lalu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Samenta) menggesa Putrajaya melaksanakan cukai itu bagi mengurangkan “saingan tidak seimbang” antara kedai fizikal dan pasaran dalam talian.
Presiden William Ng dilaporkan berkata peniaga tempatan perlu membayar cukai, sewa dan kos overhed, sementara peniaga dalam talian sering dapat mengelak tanggungjawab percukaian, selain cenderung membayar sewa serta overhed lebih rendah.
|
|
|
|
|
|
|
|
so brgn shopee lazada made in china sumer tu jd mahal la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Copeh scammeh berlesen suka soft ban /limit/select account orang tersenyum sinisss |
|
|
|
|
|
|
|
brg dr cine naik 10% lah jwb die |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 15-12-2023 10:05 PM
so brgn shopee lazada made in china sumer tu jd mahal la kan
Yup gitulaa selama ni mmg muroh
Tp iols dh jarang beli brg dr sana sejak seller sini pun dh ada stock
Kalau tak da barulah order sana
Lagipun sana laju tak sampai seminggu dh sampai
Kat local ni plak kadang lambat sbb seller amik masa lama nk pi post barang pastu kurier pun lembab juga.
Brg dr oversea amik masa 2 hari je nk sampai sini jd lama pun sbb transit kat kastam dan kurier |
|
|
|
|
|
|
|
haha kena stop laaaa beli brg2 dr sinunnn |
|
|
|
|
|
|
|
Sial piyem bapok tua. Terpaksa lah aku berhenti bershopee di zaman madanon babi ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|