CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6917|Reply: 2

Rambut gugur tanda kurang zat besi

[Copy link]
Post time 17-12-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Rambut gugur tanda kurang zat besi


Masalah keguguran rambut sering kali dikaitkan dengan penggunaan produk syampu rambut yang tidak sesuai dengan seseorang. - Foto NSTP/Genes Gulitah


MASALAH keguguran rambut sering kali dikaitkan dengan penggunaan produk syampu rambut yang tidak sesuai dengan seseorang.

Bahkan ramai yang berbelanja ratusan ringgit semata-mata membeli produk yang didakwa berkualiti tinggi, namun masih mengalami masalah keguguran rambut.

Sebenarnya, keguguran rambut adalah petanda awal seseorang mengalami kekurangan zat besi.

Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Estetik dan Penuaan Sihat, Dr Norhaslinda Mat Hassin, berkata satu daripada tiga wanita di negara ini terdedah kepada kekurangan zat besi.

Katanya, zat besi ialah satu nutrien yang penting, namun dipandang remeh.


Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Estetik dan Penuaan Sihat, Dr Norhaslinda Mat Hassin. - Foto NSTP/Genes Gulitah
"Ramai wanita apabila keguguran rambut akan mencari syampu mahal kerana menyangka produk itu mengakibatkan masalah berkenaan.

"Mungkin betul ada kaitan dengan syampu, tapi wanita perlu tahu akar apa punca masalah keguguran rambut ini," katanya.

Ramai ambil remeh

Menurut kajian, tanda pertama seseorang mengalami kekurangan zat besi ialah keguguran rambut dan ketika itu, paras zat besi dalam badan pada tahap yang hampir normal.

Bacaan zat besi yang normal ialah 100 nanogram/mililiter (ng/mL) ke atas. Jadi, jangan tunggu sampai keadaan ini teruk, baru kita mahu bertindak.

Katanya, individu boleh membuat ujian serum ferritin untuk mengukur jumlah ferittin dalam darah. Ferittin ialah protein yang menyimpan zat besi dalam darah.

"Tanda pertama kekurangan zat besi dalam badan khususnya bagi golongan wanita alami ialah keguguran rambut.

"Tapi ramai wanita yang tidak berjumpa doktor untuk periksa serum ferritin dan lebih memilih membeli syampu mahal.

"Jadi apabila, keguguran rambut, anda perlu periksa zat besi sebelum beli syampu," katanya.

Simptom kurang zat besi


Keguguran rambut adalah petanda awal seseorang mengalami kekurangan zat besi. - Foto hiasan


Beliau berkata, simptom kekurangan zat besi ialah selalu rasa letih, kuku rapuh, kerap sakit kepala, tidak fokus dalam pekerjaan, risiko mudah lebam, bibir cepat pecah dan lain-lain.

"Kalau sampai tahap teruk ialah menyebabkan anemia, iaitu badan kekurangan sel darah merah.

"Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Jika seseorang mengalami anemia individu terbabit mudah pengsan" katanya.

Lebam akibat gigitan hantu hanya mitos

Bagi individu mudah mendapat lebam pada anggota badan, ada sesetengahnya percaya ia disebabkan gigitan hantu. Pandangan itu hanya mitos

Justeru, sewajar mereka membuat pemeriksaan untuk melihat kemungkinan individu itu mengalami kurang zat besi.

"Memakan atau mengunyah ais salah satu risiko tinggi mengalami kekurangan zat besi katanya sudah merawat beratus-ratus pesakit yang kekurangan zat besi sehingga memerlukan suntikan intravena.

Selalunya, individu dalam kumpulan reproduktif berpotensi kehilangan zat besi yang tinggi kerana usia berkenaan mereka mengalami kehilangan darah yang banyak ketika haid.

Dr Linda berkata, tubuh manusia tidak boleh menghasilkan zat besi dengan sendiri, sebaliknya perlu mendapatnya daripada sumber lain.

"Antaranya daripada sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti telur ayam, daging dan sayuran (bayam).

"Individu yang vegetarian amat berisiko mengalami kekurangan zat besi kerana tidak dapat sumber daripada daging mengandungi tinggi zat besi.

"Sumber makanan daripada haiwan penting, namun tidak digalakkan memakan berlebihan kerana boleh mengundang pula penyakit lain.

Sumber zat besi mudah hilang ketika seseorang itu melakukan aktiviti lasak berlebihan seperti kerja berat atau bersukan.

"Ini kerana input (nutrien zat besi yang dimakan) tidak seimbang output," katanya.

Justeru katanya, wanita perlu buat ujian darah untuk memastikan tubuhnya seimbang dari segi hormon.

"Jika anda cukup zat besi, penampilan akan jadi lebih menarik, cantik, malah bertenaga kerana impak hormon yang seimbang," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... nda-kurang-zat-besi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini my dear; ambil je folic acid; I ada ambil folic acid beli kat big pharmacy; brand kotak hijau putih rm6.00 I ambil 4 biji sehari; rambut I jadi shining dan kuat; cer Google; folic acid good for hair too. Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut I start gugur truk lepas bersalin 10 thn lepas.. Sgt truk.. X blh sikat.. Bergumpal2 gugur.. Rambut merata do toilet atas katil.. Last year I try syampoo halia beli kan Watson.. Sekali pakai je dah ada kesan.. Rambut kurang gugur.. Pakai hari2.. Rambut gugur 1 2 je.. Skang klu pakai seminggu 2x pun rambut dah x gugur... Ada la 2 3 tersangkut kat getah rambut... Compare dulu terpaksa kerap tukar getah rambut.. Habis getah rambut tersimpul dgn rambut2 gugur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.575466 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list