View: 2815|Reply: 0
|
Pecco idam gelaran WorldSBK
[Copy link]
|
|
BAGNAIA muncul juara dunia 2023. FOTO AFP
Rom: Belum ada mana-mana pelumba pernah dinobatkan sebagai juara dunia bagi kedua-dua saingan MotoGP serta WorldSBK.
Pada usia hanya 26 tahun, Francesco Bagnaia sudah memenangi dua gelaran MotoGP bersama jentera pengeluar, Ducati yang turut memenangi dua kejuaraan WorldSBK bersama Alvaro Bautista.
Bagnaia atau lebih dikenali sebagai Pecco mengakui teruja untuk muncul pelumba pertama melakar sejarah memenangi jentera prototaip dan pengeluar satu hari nanti.
"Saya ada memikirkan mengenainya. Saya suka melihat nombor dan statistik pada penghujung musim. Wikipedia adalah halaman yang sering menadi rujukan.
"Saya juga ingin menang dalam kejuaraan Superbike, tetapi ia memerlukan masa," kata Bagnaia kepada GPone.com.
Bagnaia yang muncul pelumba MotoGP pertama yang mempertahankan plat nombor satu sejak Mick Doohan melakukannya pada 1998, menyasarkan mahkota kejuaraan dunia ketiga di kelas perdana itu pada 2024.
Troy Bayliss, Colin Edwards, Nicky Hayden, James Toseland dan Ben Spies adalah antara pelumba yang pernah mencuba meraih kejuaraan berganda MotoGP dan WorldSBK, dengan masing-masing sudah meraih gelaran dalam salah satu daripada dua perlumbaan itu.
Max Biaggi boleh dikatakan paling hampir melakar sejarah itu apabila memenangi empat gelaran kelas 250cc dan kemudian dua mahkota WorldSBK.
Biaggi juga pernah menjadi naib juara dunia 500cc dan MotoGP pada 1998, 2001 dan 2002.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... am-gelaran-worldsbk |
|
|
|
|
|
|
| |
|