CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13530|Reply: 99

Umur Belum Cecah 40 Tahun- Pasangan Suami Isteri Dah Ada 11 Anak, 1 Lagi Bakal Lahir Tahun Depan

[Copy link]
Post time 18-12-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Umur belum mencecah 40 tahun, sepasang suami isteri sudah dikurniakan 11 cahaya mata.


Malah etika ini, Shamsuri Shafie, 39, dan isteri, Rosnaida Ismail, 37, sedang menanti kehadiran cahaya mata ke-12 yang dijangka dilahirkan Julai depan.


Pasangan berasal dari Kelantan itu ada lima anak perempuan dan enam lelaki berusia dua hingga 18 tahun yang jarak usia mereka antara setahun hingga dua tahun.




Foto: Harian Metro




Berkongsi kisah mereka, Shamsuri berkata, dia dilahirkan dalam keluarga besar dengan 13 adik-beradik seibu dan sebapa yang menjadikan dia tidak kisah dikurniakan ramai anak.


Menurutnya, dia berkahwin pada usia 21 tahun ketika menuntut di kolej universiti Islam dengan isterinya, baru berusia 19 tahun, juga penuntut universiti, berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga.


"Ketika bergelar pelajar, kami ada tiga anak. Saya masih ingat, ketika itu saya buat kerja sebagai perawat Islam dan pembekal pakaian terpakai selepas tamat kelas," katanya yang menetap di Seri Manjung, Perak.


Ahli perniagaan dan pengasas pusat rawatan Islam itu berkata, dia gembira kehidupannya dan isteri diserikan dengan kehadiran ramai cahaya mata.


Dia menyifatkan setiap anak ada rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah SWT.


"Anak adalah rezeki dan keputusan memiliki anak ramai dipersetujui bersama. Kami didik anak mengikut acuan agama kerana pembentukan diri kita bermula daripada agama.


"Alhamdulillah, rezeki Allah SWT sentiasa ada dan kita sebagai ibu bapa perlu berusaha mencarinya dan yakin dengan Allah SWT. Saya bersyukur, setakat ini, kami berasa mudah menjaga semua anak dan kehadiran mereka memeriahkan hidup.


"Tiada istilah tertekan dengan jumlah ramai, malah mereka anak yang memahami keluarga dan dalam mendidik anak kami solat berjemaah setiap waktu. Selain itu kami membaca Yassin dan surah seperti al-Mulk bersama," katanya yang aktif menjalankan kerja dakwah.


Sementara itu, Rosnaida berkata, dia tidak pernah berasa terbeban, malah bersyukur memiliki anak ramai serta gembira menguruskan rumah tangga tanpa pembantu, malah semua anak juga ringan tuklang.


Katanya, memiliki ramai anak pasti mempunyai cabaran terutama apabila setiap anak ada karenah dan ragam masing-masing, namun dia dan suami menggunakan konsep layanan sama rata.


"Kami tidak bezakan anak supaya mereka tidak berasa tersisih kerana ada ramai adik-beradik dan sambutan hari lahir diraikan bersama kerana dalam satu bulan, ada dua atau tiga anak lahir pada bulan sama.


"Cabaran mendidik anak memang ada terutama meningkat remaja, tetapi kami percaya dengan didikan asas agama, ia sangat membantu. Semua anak diasuh membantu dan hidup bertolenrasi serta muafakat.


"Ramai anak, banyak juga ragam, tetapi saya tegas dengan mereka. Saya menegur kesalahan serta memberi penjelasan supaya faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Alhamdulillah, mudah menjaga mereka," katanya.


Suri rumah itu berkata, berkaitan perbelanjaan keluarga, dia memastikan semua terkawal dan dilakukan lebih awal seperti persediaan Aidilfitri dan persekolahan.


"Kalau Aidilfitri, sebelum Ramadan, saya 'cuci mata' dulu dan kami biasa memakai warna sama apabila keluar untuk memudahkan kami memantau anak.


"Saya seperti suami, gembira jalani kehidupan ini dan kami tidak tetapkan had berapa orang anak, andai ada rezeki lagi selepas ini dan badan sihat, kami terima dengan kesyukuran," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:09 PM | Show all posts
Kalau ada kemampuan, kebajikan anak2 semua terjaga takde sape pun nak bising kalau anak ramai2 ni. Good for them.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:13 PM | Show all posts
Alhamdulillah, tgk rumah mcm keluarga berada tu, ok la boleh support family, semoga menjadi keluarga bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:15 PM | Show all posts
tp kalo berkemampuan, aku rasa si bapak /suami tu selfish patut bahagi kan 2 atau 3 isteri...

kalo berkemampuan cm ni, patut bg la kasih sayang tu kt wanita lain, bg juga benih sekali,

takde la bini sorang ni asik beranak je setiap tahun...
p/s : wa sediamenerima kecaman atas komen ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo mampu xpelah. Beranak 20 pun ok.

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau berduit dan isteri ok..ok jur..
xsakit ke poen hakak asik beranak jer..
make sure laki dah letak setiap ank tu reta yg dia ada..dpt satu sorg pun xpe dh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ramai tp semua ok.. Baguslaaa.
Bawak anak2 g makan2 semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:25 PM | Show all posts
nampak macam family yang serba-serbi cukup. Alhamdulillah.

Yang netizen marah bila bapak kerja tak menentu, mak pulak tak kerja, rumah macam dah nak menyembah bumi, tapi anak berderet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:48 PM | Show all posts
anak rami ok jika kebajikan anak2 terepelihara

makan minum cukup
pelajaran sempurna

yang utama anak2 menjadi tu yang berat nak dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ramai boleh jaga takpe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:55 PM | Show all posts
bukan soal kebajikan anak je yg perlu diambil kira..kesihatan isteri pon kena ambil berat, 18 tahun x berenti beranak, menyusu pon mesti straight 18 thn x berenti tu..penat wehh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan saya bakal dikecam. Ni, pendapat saya je lah ye. Katalah kalau bapa meninggal dunia, siapa yg kena bertanggungjawab jaga anak2 dia?
For sure adik beradik bapa. Mampukah adik beradik bapa jaga anak2 saudara dia tanpa pisah2kan demer. Semoga si bapa ni panjang umur
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:27 PM | Show all posts
Jangan jadi macam ex opismate iols dah lah.... keja peon (opisboy), bini PTD, tapi tiap2 taun bercekau nak bercerai, sorg post fb sorg post status whatsapp, alih-alih hujung taun beranak, hujung taun beranak, sejak anak no.1, asyik la meminjam sana sini sampai kena blacklist ngan kawan opis, template pinjam duit susu anak la pampers anak la kitorg dah hafal dah, skrg anak dah nak masuk 8, dua-dua umur 37-38 gitu.. tiap2 taun beranak.. pastu dua2 mulut camsial eh asyik mengata org2 bujang cam kitorg rugi rugi tak kawin takde anak ramai... anak2 dia sendiri pun tak terjaga, selekeh je... bini ptd tapi dah bape kali kena tatatertib sebab meminjam sampai lebih 70% potongan gaji, pastu pinjam ahlong ke koperasi apa ntah.. selera nak besau... tiap2 taun nak tukau keta... dah tau anak merenyut macam arnab, sibuk 2-2 nak pakai keta sedan baru2... pakai keta kecik lah.. sian aku tgok anak2 dia mcm anak org miskin...padahal duk kuarters landed rumah besau... mak pak dua dua kaki bergaya tapi anak semua selekeh jek... ni dgr kata gaduh lagi..sampai ke mahkamah...tau2 esok beranak lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ok je diorg anak berderet tp ada duit nk bg makan pakai sekolah apa bagai… bukan mcm sesetgh tu, anak bersusun paku, keje xde sbb ada 2-3 penyakit, bini x keje sbb jaga anak jaga laki..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ank2 xterabai ckup mkn serba serbi ok la. ade org suka rumah meriah bunyi ank2 bgurau bgaduh btempuk tmpar. ade org xsuka ank rmai2.
mcm i xsuka rmai2 dlm rumah rimas rsa bising. heheh. matilanakkk kna kawin dgn org dlm gua.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:48 PM | Show all posts
beranak ramai is one of nikmat dunia dan saham akhirat... as long as u tak abaikan nafkah dan tanggungjawab... surprisingly setiap anak tu dah tercatat rezeki utknya... so kalau ayah or mak meninggal, why bother risau rezeki anak2 tu??? kekayaan dan kebahagian itu semuanya di tangan Allah, bukan di tangan bapak btw every muslims sepatutnya terapkan keyakinan mcm ni, its basic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 18-12-2023 03:15 PM
tp kalo berkemampuan, aku rasa si bapak /suami tu selfish patut bahagi kan 2 atau 3 isteri...

...

Amboi hang!!!!.

Depa puas nak jadi pamili mithali....
You lak suruh bukak 99 speedmart branch lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 18-12-2023 03:09 PM
Kalau ada kemampuan, kebajikan anak2 semua terjaga takde sape pun nak bising kalau anak ramai2 ni. G ...

Ye..kalau ko kaya raya..takdee sapa yg kisah ko nak beranak byk byk pun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kita sebagai ibu bapa perlu berusaha mencarinya

ok lah kalau paham kena usaha, bukan expect org lain kena bantu belikan susu pampers. tapi aku tetap rasa yg bapak tu selfish gila. bini dia ye2 je setuju takut derhaka. takkan lah tak rasa penat asik mengandung beranak, yg laki sumbang sperma je mmg la ok sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau mampu xde masalah pon. Ni yg ramai nya xmampu lps tu ank nk ke sekolah pon xde duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063847 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list