CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7190|Reply: 7

Dilanggar Polis Sampai Mati, Keadilan Buat Zaharif Bermula

[Copy link]
Post time 19-12-2023 09:23 AM | Show all posts |Read mode
IPOH – Kematian tragis pelajar sekolah dilanggar sebuah kereta di Jalan Jati, Meru di sini pada Jumaat lalu.


Namun kemarahan orang ramai menjadi reda apabila seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh.


Tertuduh, Mohd. Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17.




Foto: Harian Metro




Kesalahan dilakukan di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati pada pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu.


Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara sehingga 40 tahun jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.


Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.


Pendakwaan dikendalikan lapan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, Geetha Jora Singh dan Low Qin Hui. Mohd. Nazri pula diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong.


Terdahulu, tertuduh dibawa ke mahkamah dengan dikawal ketat lima anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah yang lengkap bertopeng muka dan berpakaian gelap.


Walau bagaimanapun, waktu ketibaan sebenar Mohd. Nazri ke kompleks mahkamah tidak dapat dipastikan. Pengamal media yang menunggu di pintu pagar sejak pukul 7.30 pagi hampa.


Tertuduh kemudian dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan tangan bergari, manakala muka ditutup dengan kain gelap. Prosiding pendakwaan berlangsung selama lima minit. Mohd. Nazri kelihatan tenang sewaktu pertuduhan dibacakan terhadapnya.


Selepas selesai prosiding, tertuduh dibawa menaiki kende­raan bercermin gelap dan diiringi empat kenderaan lain.


Mahkamah turut dibanjiri ahli keluarga dan rakan-rakan mang­sa sebagai tanda solidariti terhadap kematian remaja itu. Majistret menetapkan 7 Februari 2024 untuk sebutan semula kes.


Dalam kejadian pada Jumaat lalu, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas dipercayai dilanggar dan di­seret kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu pegawai polis.


Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu kereta itu dengan mangsa yang dikatakan membuat bunyi bising ekzos motosikal.


Suspek dikatakan mengejar motosikal Yamaha 135 LC ditunggang remaja dan melanggar kenderaan itu dari belakang. Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dan terseret sebelum disahkan meninggal dunia.


Sementara itu, keluarga mang­sa melahirkan rasa lega dengan pendakwaan yang dibuat terhadap pegawai polis tersebut.


Abangnya, Zarul Fitri, 29, berkata, mereka sudah mene­rima hakikat arwah Muhammad Zaharif sudah meninggal dunia.


“Kami lega kerana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Pemuda itu mengakui sebak ketika hadir mengikuti prosiding di mahkamah kerana tertuduh berada di depan matanya.


‘Saya rasa sebak kerana ramai pihak memberikan sokongan keluarga kami, sanggup tunggu sejak pagi bagi mengikuti prosi­ding dan mendoakan arwah adik.


“Saya juga mohon ihsan orang ramai untuk turunkan rakaman video arwah sedang nazak di akaun media sosial.


“Apabila menonton semula video tersebut kami trauma. Jadi minta tolong belas ihsan kita sesama manusia untuk menurunkan video itu,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
For sure lepas camtu je...macam kes polis ni pukul perempuan mengandung, talde apa apa tindakan selepas mangsa buat report polis.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenzzzz confirm lepas, kalau iols nyawa balas nyawa. Santau kasi mati je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lege 1 Kedah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:36 AM | Show all posts
semoga mendapat hukuman setimpal. kalau terlepas tu mau kena amukan netizen semalaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 07:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:30 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065245 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list