View: 4168|Reply: 24
|
Kebuluran Dan Terlampau Terdesak- Penduduk Gaza Dalam Mod Survival, Serbu Lori Bantuan Dan Berebut-Rebut Makanan
[Copy link]
|
|
BANDAR GAZA – Sistem kemanusiaan di Gaza semakin menunjukkan tanda-tanda keruntuhan apabila penduduk yang terdesak menyerbu lori bantuan dan menyelongkar makanan serta bekalan keperluan lain, lapor stesen penyiaran Al Jazeera kelmarin.
Ia berlaku selepas lebih dua bulan pengeboman tanpa henti askar Israel yang telah memaksa orang ramai berpindah ke bahagian paling selatan enklaf itu.
Dalam insiden kelmarin, berpuluh-puluh penduduk yang kebuluran dan terdesak melompat naik ke atas beberapa lori yang ditahan di tengah jalan di Rafah, dekat sempadan Mesir.
Foto: AFP
Mereka mengerumuni lori-lori yang tiba dari Lintasan Rafah sebelum ada yang memanjat naik dan menyelongkar makanan serta kotak-kotak mengandungi air dan bekalan lain.
Sebilangan penduduk pula menanti di bahagian bawah untuk mengambil kotak yang dikeluarkan dari lori.
“Situasi kemanusiaan telah menjadi semakin terdesak, bukan sahaja untuk penduduk bandar Rafah, bahkan sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal
“Mereka kini berada dalam keadaan sangat lapar, kebuluran, dahaga dan trauma ketika perang masih berlangsung dengan sengit,” kata wartawan Al Jazeera di Gaza, Hani Mahmoud.
Menurut Hani, jumlah bekalan bantuan yang dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza tidak mencukupi sekali gus memaksa penduduk beralih kepada mod survival.
“Penduduk hidup sehari-hari tanpa mempunyai apa-apa. Tiada rumah, tiada akses kepada makanan, tiada air dan tiada bekalan ubat.
“Justeru, apa yang berlaku di Lintasan Rafah (menyerbu lori) adalah tindak balas semula jadi. Apabila manusia kebuluran sehingga hampir mati dan apabila mereka lapar, keadaan seperti ini pasti akan berlaku,” ujarnya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu memberi amaran bahawa penduduk Gaza berada dalam keadaan amat terdesak untuk mendapatkan makanan, sehinggakan mereka berpotensi menghentikan lori bantuan di tengah jalan atau makan apa sahaja yang ditemui.
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini ketika melawat Gaza baru-baru ini berkata, penduduk wilayah itu tidak pernah mengalami keadaan kelaparan seperti itu meskipun mempunyai sejarah kesengsaraan yang amat lama di bawah penaklukan Rejim Zionis.
“Saya melihat dengan mata saya sendiri penduduk Rafah menyelongkar trak bantuan dan terus makan apa sahaja yang mereka temui ketika itu,” ujarnya.
Program Makanan Sedunia (WFP) mengesahkan hampir separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza kini kebuluran serta tidak tidak tahu apa yang akan menjadi hidangan mereka seterusnya.
Rafah kini menempatkan lebih 12,000 orang bagi setiap kilometer persegi serta menjadi lokasi perlindungan untuk kira-kira 85 peratus penduduk yang kehilangan tempat tinggal di seluruh Semenanjung Gaza sejak serangan bermula pada 7 Oktober lalu. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yg penyokong zionis mahukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah swt melaknat Israel sehingga hari kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi media2 kat tanah air ni kata isroel dah nak kalah.
Camno tuh |
|
|
|
|
|
|
|
cepat la perang ni berakhir. seksa sgt dah tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...dah la dah start winter ni... |
|
|
|
|
|
|
|
orang Nasrani pon kena ngan yis real
agaknya kalo Yis real ni kat Mesia
bukan Melayu Islam jer kena bedal..
India Cine Dayak semua depa sapu
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk itu berlaku, perlu ada pihak yang menang. Gencatan senjata cuma a small break.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah kesiannya tak sanggup nk tgk. bilalah nak habis semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.instagram.com/reel/C01ftHEtsDx/?igshid=ZWI2YzEzYmMxYg==
This usually happens. Bukan first time. Mmg dalam tu pun x boleh percaya sma jelah dgn hamas. Puas hati la kan kau hamas 10k mati katak infra semua lebur supaya kau boleh exchange 200 hostages dgn tak sampai 100 org. Syabas. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah aku x kuat tgk kejadian kt palestine ..sian kat bdk2..kuat betul keimanan derang..x pnh bersangka buruk pd Allah..mmg syurga tempat derang..kita nih msh duniawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 19-12-2023 09:49 PM
perang ni akan berlarutan..
Iran akan diserang dan menyerang directly
la ni Houthis, Hezbollah adalah proxy Iran
nuklear mgkn akan digunakan
Turki, Jordan, Yis real sendiri kan hilang berjuta rakyar]t mereka
satu hari nnt di masa depan..
bila tengok kebelakang balik..
kita mgkn akan kata..
rupa rupanya WW3 start kat Ukraine tahun 2022 atau Middle East Okt 2023
In shaa Allah US, NATO & Yis real akan kalah..
tetapi...
pendapat aku
selepas perang ni berakhir
Old World Order (berpusat di Washington) akan digantikan dgn New World Order (NWO)..
NWO ni akan berpusat di tanah haram Yis real atau Palestin
Baitulmaqdis akan makmur..
kan ada hadith Baginda Nabi Muhammad SAW yg btau..
Kemakmuran Baitulmaqdis, adalah kejatuhan Madinah....... last skali kemunculan dajjal
pendapat aku lagi..
nnt digital money akan turut melingkup
dan Yis real akan ada banyak emas (termasuk emas Nabi Sulaiman AS)
negara yg ada emas akan jadi powerful
kan dulu Portugis, Belanda, Spain, Preancis, British, US jadi superpower sbb matawang depa backed by gold/ silver
|
|
|
|
|
|
|
| |
|