View: 14169|Reply: 66
|
[Jenayah]
"Tiada Orang Boleh Buat Apa Kami Buat" - Pesan Supaya Jangan Cemburu Atau Benci, TMJ Tegaskan Tidak Ada Lagi Club Macam JDT Kerana Ada Satu Sahaja TMJ!
[Copy link]
|
|
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mempunyai pesan khas kepada musuh-musuhnya setelah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.
Untuk tahun ke-10, JDT menamatkan saingan sebagai juara Liga Super dan lebih manis mereka berjaya mengulangi kejayaan musim lalu dengan memenangi tiga kejuaraan lainnya iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.
Kejayaan ini membuatkan TMJ berpendapat tiada pihak yang mampu untuk melakukan banyak hal di dalam negara mahupun di Asia.
TMJ
“Daripada jaga rumput, falsafah bolasepak, infrastruktur, hingga ke keraian. Tiada orang boleh buat apa kami/JDT buat dalam negara ni atau asia sebagai sebuah kelab bola sepak.
“Kejayaan sama-sama mengiringi pemodenan dan inovasi. Keraian kita adalah identiti kita mewakili konsep inilah JDT. Lain dari lain. Sentiasa meningkatkan kualiti dari setiap aspek.
“Kepada keluargaku, terima kasih atas sokongan anda, dan kepada musuhku, jangan kau bercemburu atau membenci tetapi anda semua harus mengagumi kehebatan ini dan hargai sumbangan JDT kepada bolasepak tempatan. Kerana tidak akan ada lagi kelab macam JDT dalam setiap aspek. Kerana ada satu sahaja TMJ,” katanya.
JDT memulakan saingan dengan menewaskan Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih dengan keputusan 2-0. Kemudiannya skuad kendalian Esteban Solari itu menewaskan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala FA dengan keputusan 2-0.
Skuad Harimau Selatan memenangi gelaran Liga Super ke-10 mereka dan menutup saingan musim ini dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
kata2 atok tetap diingati selamanya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya semua sbb duit je....contoh sblm jdt ada byk kot sbb duit kelab jadi champion mcm man city, psg semua duit kerabat mcm jdt... |
|
|
|
|
|
|
|
TMJ sanggup melabur utk club tempatan...billionaire non-bumi tidak mahu melabur dlm bolasepak tempatan...
melayu mana lagi yg sanggup habis duit sebagaimana TMJ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun.....ingatkhen dah own Real Madrid......atau Man City.
OK next |
|
|
|
|
|
|
|
Main liga malaysia je pun. Paling tinggi pun sampai peringkat asia.
Berbaloi ke?
Tak nak cakap lebih²
|
|
|
|
|
|
|
|
itu seperkara jugak, satu lagi, JDT produce player sendiri ke?? i mean ada pencarian bakat anak2 johor dari akar umbi??
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon ank atok,anak taib mahmud...dan ank2 ongkaya seantero Msia..boleh mencontohi sikap TMJ....ada club bolasepak mereka sendiri...tuk membantu pembangunan bolasepak negara kita,Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow... Riak, ujub dan takabburnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak duit main dkt malaysia bolehla. Reff takut. Piala malaysia baru 5minit main dah dpt penalti. Bila main dkt luar guna reff FIFA kena belasah sampai 5-0 |
|
|
|
|
|
|
|
Team Red Warrior team tercorot bolos 120 gol tersenyum sinis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut kan memang team2 negeri lain susah nak makan jdt ni tapi berbaloi ke setakat menang di tempat sendiri..?? Kenapa x nak jadikan jdt as wakil negara kembangkan lagi ke peringkat dunia dgn menyertai kejohanan peringkat asia dan dunia...kenapa x nak berkerjasama dgn pasukan2 negeri lain? Kenapa suke berada dalam tempurung sendiri je like syok sendiri punya style dan more to egois. As a leader kena pikir seberapa jauh yg mungkin wicis long term planning |
|
|
|
|
|
|
|
bangga dgn kejayaan JDT di peringkat domestic dan Asia...tp at the same time kesian juga dgn nasib pasukan lain di Liga Malaysia...kesian dgn pasukan negeri yg tiada Sultan seperti Penang, Sabah, Melaka, Sarawak, KL, they do not have the advantage..it's not fair honestly... |
|
|
|
|
|
|
|
Hessa replied at 19-12-2023 02:29 PM
itu seperkara jugak, satu lagi, JDT produce player sendiri ke?? i mean ada pencarian baka ...
dorang kan bermula dgn borong star players dr TRW yg kemudiannya jatuh merudum sampai skrg tak recover wey skrg pon masih lagi buat benda sama asal ada je player menyerlah dr mana2 team mesti kena pinang ngan jdt, ujung2 liga tak menarik nak tgk sbb tak competitive, dah tau jdt akan bolot tiap tahun |
|
|
|
|
|
|
|
OshinDaSolja replied at 19-12-2023 03:35 PM
bangga dgn kejayaan JDT di peringkat domestic dan Asia...tp at the same time kesian juga dgn nasib p ...
Itu la pasal.. Ko anak raja boleh la sembang... Birokrasi banyak ko boleh skip. Duit berlambak (tu pun hasil bisness diraja yg banyak advantages berbanding usahawan2 biasa yg tiada kelebihan diraja).
Kalau ko terer sangat ko lead la FAM 5 tahun sempena daddy jadi YDPA... Bangunkan bolasepak semua negeri. Bangkitkan Team nasional di persada dunia....
Tu baru benar2 hebat.. Bukan jaguh kampung sebab abah ketua kampung |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 19-12-2023 07:07 PM
dorang kan bermula dgn borong star players dr TRW yg kemudiannya jatuh merudum sampai skrg tak rec ...
Ni SG setuju… skrg dah x best tgk bola. Serius x best. Tapi nak wat camne. Teraju nya kerabat. Byk wit pulak tu.
Somehow, rasa mcm merosakkan juga national team malaysia. Bila nak wakil main pon issue juga |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 19-12-2023 07:32 PM
Aku tak suka jdt sebab takde rupa team Malaysia langsung. Lawan dengan Kawasaki, at least Kawasaki tu nampak la rupa Jepun. Team Malaysia dah rupa omputih, orang hitam dah kenapa nyer? Letak la ramai lagi Arif Aiman dan Feroz tu. Kena ramaikan melayu kat dalam team tu, baru la ada rupa team dari Malaysia.
Kalau nak tengok orang putih orang hitam main, baik tengok EPL. |
|
|
|
|
|
|
| |
|