CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22910|Reply: 0

Iman, Bilal Dan Jemaah Masjid Disarankan Untuk Mengambil Suntikan Dos Penggalak Untuk Kekang Covid-19

[Copy link]
Post time 19-12-2023 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Iman, Bilal Dan Jemaah Masjid Disarankan Untuk Mengambil Suntikan Dos Penggalak Untuk Kekang Covid-19


Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, imam, bilal dan jemaah disaran untuk mengambil suntikan dos penggalak ketiga.

Memetik laporan berita online, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid memaklumkan ketetapan mendapatkan dos tambahan adalah saranan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri mengalu-alukan nasihat itu.

Katanya, tindakan untuk menyekat penularan wabak ini tidak hanya kepada kumpulan tertentu sahaja namun perlu dilakukan oleh semua pihak.

“Sebabnya kalau hanya imam dan bilal yang ambil suntikan ini tetapi jemaah tidak, itu yang merisaukan kita,” katanya.

Menurut Mohd Fared lagi, mereka yang ingin mengambil suntikan perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai status kesihatan masing-masing.

Untuk rekod, pada Isnin, KKM menyatakan pihaknya memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, prosedur pengambilan vaksin itu juga boleh dilakukan secara janji temu menerusi aplikasi digital, MySejahtera.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya bersedia menghadapi ledakan jumlah kedatangan dan kemasukan pesakit Covid-19.

Dzulkkefly berkata, kesiapsiagaan itu bukan hanya melibatkan fasiliti kementerian iaitu hospital dan klinik kesihatan masalah juga hospital pengajar, Angkata Tentera Malaysia (ATM) dan swasta.

Sumber:https://murai.my/2023/195769/ima ... uk-kekang-covid-19/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.054495 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list