View: 15014|Reply: 31
|
[Jenayah]
Mengalami Penurunan Jualan Yang Teruk, Kesian Pemuda Herlok Kena Tutup Kedai Akibat Disihir!
[Copy link]
|
|
Sekiranya anda masih ingat pada awal tahun ini, tular mengenai seorang pemuda yang menjual pisang goreng Cheese di Melaka selepas video beliau yang menyebut ‘biasa, maksudnya’ disukai ramai khususnya kaum hawa.
Impak penularan video tersebut telah membuatkan kedai beliau diserbu ramai sehinggakan para pelanggan terpaksa menunggu sehingga berjam-jam demi mencuba pisang goreng Bananadibs.
Usahawan ini turut melebarkan sayap dengan membuka gerai Bananadibs di Melaka dalam memudahkan orang ramai sekitar kawasan tersebut mencubanya.
Walau bagaimanapun, siapa sangka usahawan ini mendakwa kedainya di Melaka telah disihir menurut seorang ustaz yang membuatkan kedainya sering dilihat tutup.
Beliau mendedahkan penjualan pisang goreng di kedainya mengalami penurunan jualan yang sangat teruk di mana kedai tersebut sekadar berjaya menjual 6 kotak pisang goreng sepanjang 8 jam beroperasi.
Mengalami kerugian yang banyak serta terpaksa menanggung kos operasi melibatkan 5 orang pekerja, usahawan ini memilih terus menutup cawangan Bananadibs di Melaka.
Menerusi perkongsian yang dibuat, terdapat netizen yang berpendapat zaman viral melibatkan pisang goreng cheese sudahpun tamat membuatkan orang ramai tidak lagi mencarinya.
Selain itu, terdapat juga netizen yang mulai faham tindakan usahawan ini yang dilihat tidak lagi berada di media sosial dalam mempromosikan pisang gorengnya. |
|
|
|
|
|
|
|
pisang goreng biasa makan laaa
dah letak macam2 manis ni...sori..x berminat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak.laku tu sebab apa?
Mmg sedap ke letak cheese Ni?
Kat tempt iols ada juga jual goreng pisang cheese Ni..tapi pisang sejuk pung diletakkan cheese..bagi iols.mmg tak sedap lah..
Mujur iols biasa beli pisang goreng biasa je...hoho... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-12-2023 02:18 PM
Kalau tak.laku tu sebab apa?
Mmg sedap ke letak cheese Ni?
Kat tempt iols ada juga jual goreng pisan ...
Tak sedap letak cheese...pisang goreng guna tepung beras paling sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-12-2023 02:22 PM
Tak sedap letak cheese...pisang goreng guna tepung beras paling sedap...
Tu la..
Ada sorang acik Ni dia upah indon
Jual pisang goreng
Style indon.sedap Wei
Berkeropok2 gitu...
Katanya pakai tepung beras Jadi gitu |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-12-2023 02:31 PM
Tu la..
Ada sorang acik Ni dia upah indon
Jual pisang goreng
Kalau Indon tak nak..mtakut dia letak plastik dlm minyak panas tu |
|
|
|
|
|
|
|
isu sial apa ni.
done contributing to cari hadap dapat komen demi secebis view
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai....
terima je la hakikat benda tu one hit wonder saja....
Berapa lama je org nak makan pisang cheese tu...
Sekali makan je pastu muak dah...
I lansung tak pernah beli sbb tengok saja dah muak... |
|
|
|
|
|
|
|
I baru nak tanya oh ada ke nama shopping complex Bananadibs kat melaka? Naive nya lah aku ni.
Kalau pisang abu goreng biasa okay je pun kan? Buh cheese, coklat segala benda topping ni kan bermusim jur. Sikit2 sifir. |
|
|
|
|
|
|
|
Org pergi kedai dia sbb dia viral.nk rekod & amik gmbr.bukan sebab pisang cheese dia sedap giler.so kalau bukak branch lain dia xde kt situ apa function org pergi kannn
|
|
|
|
|
|
|
| |
|