CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15857|Reply: 17

Rakyat Sendiri Dah Tak Yakin Dengan Kerajaan, Ramai Hijrah Keluar Israel

[Copy link]
Post time 20-12-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Gaza, Palestin yang memasuki hari ke-75 menyebabkan bukan hanya dunia menolak tindakan itu, malah rakyatnya sendiri hilang keyakinan terhadap kerajaan mereka.


Hampir setengah juta rakyat Israel meninggalkan Israel, manakala bilangan penghijrahan ke Israel juga menunjukkan penurunan lebih 50 peratus sejak serangan pada 7 Oktober lalu.


Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni berkata, rakyat Israel sudah hilang keyakinan kepada kemampuan negara mempertahankan mereka.




Gambar Hiasan




"Selama puluhan tahun tertanam dalam minda rakyat Israel, mereka adalah negara terkuat dunia dan mampu menyerang Iran pada bila-bila masa.


"Serangan beberapa minit pada 7 Oktober lalu yang menjatuhkan 11 penempatan tentera, 21 penempatan haram Israel, membunuh lebih 1,000 orang tentera dan menawan lebih 200 tawanan menghilangkan mitos kepercayaan itu daripada minda rakyat Israel," katanya mengulas isu itu di Instagram.


Justeru, menurut beliau, tidak hairan penduduk Israel yang mempunyai dua kerakyatan dan simpanan wang keluar beramai-ramai dari Israel.


"Serangan membabi buta terhadap orang awam (Gaza) hanyalah untuk mengembalikan keyakinan itu kepada rakyat bahawa Israel masih kuat," katanya.


Berdasarkan data Pihak Berkuasa Imigresen dan Populasi Israel, lebih 470,000 rakyat Israel berhijrah ke luar negara sejak 7 Oktober lalu dan tidak diketahui sama ada mereka akan kembali mahupun tidak.


Data itu juga merekodkan, jumlah penghijrahan ke Israel menurun 70 peratus November lalu iaitu hanya 2,000 orang berbanding 4,500 orang yang tiba setiap bulan sejak awal tahun ini.


Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan, angka korban di Gaza mencecah 19,667 orang, manakala 52,586 lagi cedera. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 03:51 PM | Show all posts
lebih 470,000 rakyat Israel berhijrah ke luar negara sejak 7 Oktober lalu dan tidak diketahui sama ada mereka akan kembali mahupun tidak.

Maksudnya populasi Israel akan menurun lebih cepat berbanding populasi Gaza makanya Israel akan pupus lebih dahulu? Dengar boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 04:38 PM | Show all posts
Cash..        
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke?


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Inila peluang ROHINGYA tuk dapatkan sebuah negara sindiri..mohon berhijrah ke Israel....dgn tulus ikhlas....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:17 PM | Show all posts
tanah sapa pulak nak si sakau tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 20-12-2023 05:06 PM
Inila peluang ROHINGYA tuk dapatkan sebuah negara sindiri..mohon berhijrah ke Israel....dgn tulus ik ...

Aku pun setujuk.. israel sila amik rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu.. tgk news siam dieorang kupas isu serael ni tanpa segan silu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 20-12-2023 05:22 PM
Aku pun setujuk.. israel sila amik rohingya

Ye betul...sila ambik rohingya2 yg berlambak kat negaraku yg tercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:20 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 20-12-2023 06:22 PM
Justeru, menurut beliau, tidak hairan penduduk Israel yang mempunyai dua kerakyatan dan simpanan wang keluar beramai-ramai dari Israel.

Ye, most of them dual citizenship dan kebanyakkan dari US.  Nanti dah elok depa balik balik.  Kalau perang boleh je blah, tapi yg kena ligan tak boleh ke mana2. Nak kuar border pun tak boleh, nak lari ke laut pun tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ko nak pergi mane pulak.. takyah la.menyebarkam benih israel tu merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang keluar dari israel mostly yerida/yordim....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-12-2023 05:17 PM
tanah sapa pulak nak si sakau tu..

Kat palestin je muka x malu sakau tanah org palestin. Tu pon sebab ada back up tentera polis time menyakau

Tempat lain either merempat atau beli/sewa lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:06 AM | Show all posts
not suprised at all... dah mmg theyols bukan asal situ... mmg selayaknya berambus selama-lamanya...

some says iklim situ mmg tak sesuai dgn kulit puteh theyols tu... so, prone to get skin cancer... even mother nature pun rejects them...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku dengar kat news hampir 500k keluar Israel adalah foreigners yang menetap kat sana. Rakyat diaorang yang duduk area kena bom tu pindah ke kawasan lain sementara jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:08 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050786 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list