CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10016|Reply: 26

[Jenayah] Ayat Kursi Jatuh Ke Lantai, Pak Cik Tak Bagi Gantung Balik!

[Copy link]
Post time 21-12-2023 09:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-Author at 21-12-2023 05:19 PM



SELEPAS menjawab panggilan telefon, Athirah terus ketawa gembira sambil berlari-lari anak mencari adiknya, Laila.

Impian untuk tinggal di rumah sendiri akhirnya berjaya ditunaikan selepas pinjaman perumahan yang dibuat tempoh hari sudah diluluskan.

Dalam tempoh seminggu, segala barangan siap dikemas dan sedia dipindahkan ke rumah teres dua tingkat yang memiliki empat bilik tidur dan dua bilik air.

Hari pertama menjejakkan kaki di halaman rumah yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan itu, Athirah dan Laila disapa oleh seorang pakcik tua yang berjubah putih.

“Assalammualaikum... kamu berdua tinggal sini ke?” aju pakcik tersebut ringkas.

Pelik dengan kehadiran pakcik tersebut, Athirah hanya membalas dengan anggukkan kepala dan terus membawa barang masuk ke dalam rumah.

Selepas selesai menyusun atur perabot serta perhiasan rumah, dia dan Laila keluar untuk mengisi perut kosong.

Dengan senyuman gembira, Athirah memandang sekali lagi ke arah rumahnya sebelum masuk ke dalam kereta yang diletakkan di luar pagar.

Namun, dia dikejutkan dengan kelibat hitam daripada bilik di ruangan atas.

Enggan menakutkan diri sendiri, dia menganggapnya sebagai bayang-bayang pokok besar yang terletak berhampiran rumahnya.

Tambahan pula, ketika itu hampir senja dan langit mulai berwarna oren kemerahan.

Selepas menikmati hidangan Melayu tradisional di sebuah cafe dan membeli beberapa barang keperluan harian di pasaraya, dia pulang semula ke rumah.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam, tiba-tiba kedengaran seperti perabot diubah daripada ruang atas disusuli bunyi beberapa barang yang jatuh.

Tanpa berlengah, Athirah dan Laila berlari ke atas bagi melihat apa yang berlaku.

Kedua-dua mereka terpaku selepas melihat katil di bilik Laila bergerak daripada kedudukan asal manakala barang-barang solekannya berselerak di atas lantai, malah tingkap yang tertutup rapat sebelum mereka keluar, terbuka luas.

Perasaan takut mula menyelubungi mereka sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan untuk tidur bersama-sama di ruang tamu.

“Mungkin Laila lupa tutup tingkap tadi, kemudian angin kuat tiup... sebab itu habis berselerak barang atas lantai.

“Esoklah Laila kemas balik, sekarang letih sangat dan nak tidur. Lagipun minggu depan baru mula kerja balik, jadi sempatlah nak makeover rumah lagi," ujarnya memecah kesepian malam.

Athirah hanya mengiyakan sahaja kata-kata adiknya itu.

Selepas seminggu berlalu, kedua-dua mereka kembali bertugas.

Keadaan rumah juga normal tanpa gangguan perkara pelik sehinggalah genap tiga bulan mendiaminya.

Athirah dan Laila sekali lagi dikejutkan dengan bunyi barang jatuh, situasi yang dialami sama seperti hari pertama mereka masuk ke rumah tersebut.

Ayat ruqyah dipasang dengan kuat, namun tiba-tiba hiasan berbingkai yang tertulis ayat Kursi jatuh ke lantai.

Laila menjerit seperti orang dirasuk apabila merasakan kakinya digenggam erat sehingga tidak dapat bergerak.

Panik dengan keadaan yang berlaku, Athirah cuba mendapatkan pertolongan jirannya dan tanpa disedari pakcik berjubah putih turut ada bersama dengan jirannya.

Mereka datang membantu dan cuba memulihkan keadaan supaya seperti sedia kala.

“Alhamdulillah, kamu berdua jangan risau dah... cuma jangan gantung kembali ayat Kursi tu sebab ada kesilapan pada baris dan ayatnya.

“Mungkin sebab itulah ‘dia’ datang mengganggu. Pakcik harap kamu berdua kuat semangat sebab rumah ni memang ‘laluan mereka',” katanya.

Jirannya turut memaklumkan bahawa, rumah tersebut selalu bertukar-tukar penghuni kerana semuanya tidak tahan apabila sering ‘diganggu’ dan disebabkan itu jugalah tuannya menjual rumah ini.

Melihatkan air muka Athirah dan Laila yang ketakutan, pakcik tersebut menyatakan gangguan yang dialami itu bukanlah berlarutan tetapi berlaku pada bulan-bulan tertentu sahaja kerana makhluk berkenaan perlu melaluinya.

Malah gangguan yang baru terjadi itu adalah berpunca daripada ayat al-Quran yang tidak betul dan sekadar ‘teguran’.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2023 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols x de mood lah utk cerita seram pagi ni. Dh lah terjatuh smlm kt dapur. Lutut ni lebam. Nk mc ke tak ye x bole jln ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba guna super glue pula... Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 10:16 AM | Show all posts
sila alihkan benang ke ruangan misteri paranormal.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 10:44 AM | Show all posts
Tu sebab petua orang2 tua, bila masuk rumah baru, haruslah buat doa selamat.  Bukan apa, rumah kosong yg ditinggal lama, ada makhluk halus menumpangnya. Dgn majlis  doa selamat trs, mudah2an makhluk trs boleh pindah ke tempat lain.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2023 10:52 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 21-12-2023 09:10 AM
Iols x de mood lah utk cerita seram pagi ni. Dh lah terjatuh smlm kt dapur. Lutut ni lebam. Nk mc ke ...

Kaki dan lutut bila cedera kenalah lebih berhati2. Nak2 kalau jatuh dlm bilik air, atau ketika menuruni tangga. Pastikan lantainya tidak licin atau tapak selipar berbunga dn perlahan2lah menijak lantai. Jgn ambil ringan kalau kaki dn lutut terseliuh, kesannya boleh berpanjangan. Sakit bila jatuh ni. Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 10:53 AM | Show all posts
TT igt ni majalah mastika?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 21-12-2023 10:44 AM
Tu sebab petua orang2 tua, bila masuk rumah baru, haruslah buat doa selamat.  Bukan apa, rumah koson ...

And jgn le masuk menjelang senja or mlm..sebolehnya siang la...sbb iols penah pindah rumah sbb dekat je pun...dah ptgg tu baru hasben siap kemas dekat maghrib la masuk...apo...anak iols yg dr dlm kete elok2 msk2 meraung tak berenti...baca yasin pun tak mo berenti melalak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:01 AM | Show all posts
Seram lagi cerita cikgu suraya.

hujan-hujan tayar basikal bocor aduhh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
isu semasa apa pulak ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:25 AM | Show all posts
VARIASARI DATANG LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:28 AM | Show all posts
Rindu nak baca Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 21-12-2023 10:52 AM
Kaki dan lutut bila cedera kenalah lebih berhati2. Nak2 kalau jatuh dlm bilik air, atau ketika men ...

Time kaseh kak nolya
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 21-12-2023 10:44 AM
Tu sebab petua orang2 tua, bila masuk rumah baru, haruslah buat doa selamat.  Bukan apa, rumah koson ...

depa pindah naik bas kaaa depa jalan kaki je?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 21-12-2023 11:01 AM
Seram lagi cerita cikgu suraya.

hujan-hujan tayar basikal bocor aduhh..

citer Baby Rina lagik seram..eeeiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 02:21 PM | Show all posts
Senang je nak elak dari hantu ikut laluan tu. Pacak plaza tol. Mesti hantu lalu ikut laluan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:04 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 21-12-2023 12:18 PM
depa pindah naik bas kaaa depa jalan kaki je?

Wallahu wa'lam.  Tak pula diceritakannya.  Biasanyalah, orang pindah angkat segala barang2 berat, biasanyalah orang sewa lori.  Lainlah kalau pindah rumah sebelah menyebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:42 PM | Show all posts
Edited by nolya at 21-12-2023 03:46 PM

Dikatakan bahawa paparan ayat Al-Kursi yg dipajang itu ada khilafnya, saya cuba semak semula (zoom besar) satu persatu tulisan khat dn baris tajwidnya, dn memang benar adanya.  Seni khatnya bersulam cantik dn kemas ttpi bila diteliti setiap lakaran huruf hijaiyah, ada yg tak jelas. Bagi mereka yg tak hafal ayat Kursi trs, akan salah membacanya.  
Contoh: huruf 'ha dhamir' pada kalimah Allah mcm tak ade. Ayat "Laa tak huzu huu"  ta-alif, hamzahya tiada. Ini salah. Seharusnya atas alif ada hamzah. Kalimah huzu huu, seharusnya berbaris 'wau terbalik' kerana ianya berhukum mas silah towilah. Huruf zal, titik atasnya tidak di tempat shnga boleh dibaca dal. Pokoknya memang banyak kesilapan lakaran ayat Al-Kursi trs.  Juga terdapat terlalu banyak tanda2 wakaf yg tak perlu ada.

Kpd mereka yg suka membeli ayat AQ sbg hiasan dinding di rumah, hati2lah dgn ketepatan ayat yg ditenun. Baca dn perhatikan makhraj serta tajwidnya, jgn asal nampak cantik terus beli. Seni khat memang cantik, ttpi jgn sampai terseleweng melakarkannya. Seelok2nya pahatkan ayat Al-Kursi di dlm hati dn fikiran kerana ayat2 AQ bukan untuk pajangan ttpi hafalan dn dizikirkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 21-12-2023 03:25 AM
VARIASARI DATANG LAGI

Ahhajhahah...lama tak dgr variasari..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.073477 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list