View: 17923|Reply: 23
|
[Tempatan]
Peguam Najib diperintah bayar RM5.5 juta kepada LHDN
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 22-12-2023 10:11 AM
KUALA LUMPUR: Peguam Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis (21 Dis) supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta (S$1.6 juta) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad memberitahu mahkamah bahawa jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad Shafee ialah RM5,529,577.70 (S$1.6 juta).
"Pihak kami juga memohon kos RM10,000 (S$2,856)," kata Encik Norhisham yang turut dibantu Peguam Kanan Hasil Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Farhan Muhammmad Shafee, yang mewakili bapanya selaku defendan memohon kos RM5,000 (S$1,428).
Cik Roz Mawar kemudian membenarkan kos RM10,000 (S$2,856) kerana jumlah tersebut adalah munasabah.
Sementara itu, Encik Muhammad Farhan memberitahu mahkamah pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada akan merayu terhadap keputusan pada Khamis.
Pada 15 Disember lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam itu.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Pada 28 September 2021, LHDN memohon agar samannya terhadap Encik Muhammad Shafee, yang difailkan pada 6 Mei 2021 diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 (S$2.7 juta) dalam tempoh ditetapkan.
LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan ke atas jumlah yang dikenakan.
Pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Encik Muhammad Shafee daripada dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta (S$2.7 juta) daripada mantan Perdana Menteri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
Pihak pendakwaan yang merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagaimanapun menarik balik rayuan berkenaan pada 5 Disember lalu. Ini menyebabkan pembebasan Encik Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal.
Sumber : Bernama/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
huhu...cukai pendapatan juta2... |
|
|
|
|
|
|
|
berita ni amik dari surat khabar singapore ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bile kecik.. kalau aku kaya...aku nk tolong ramai org...
dh tua... makin kaya, makin kededkut bayar cukai
|
|
|
|
|
|
|
|
2x5 kaki auta
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tak bayar cukai, jibby ckp dia adalah pengkhianat negara |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, Singapore semua watak ada Encik/Cik siap translate currency. Tapi sumber Bernama di copy paste oleh TT disyaki wartawan cari menyamar forummer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk sgt. Madanon Cuba melemahkan musuh2 politik beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Next year xnk bayar lh income tax…sikit je pn x smpai 10k pn, harap x kantoi lah… org2 kaya politician rilek je x bayar xpe lh kn |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan ler peguam jibby pun kategori pengkhianat negara jgk...ishh takkan ler |
|
|
|
|
|
|
|
Apooo ...peguam najib pun tak bayar tax kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
laaa loyer dgn anak guam sama peel
patut la blh ngam
***iols last year tak isi efiling lepas x keje dan2 rm100 apebenda nama entah claim kat tng tu nanhado nak dpt
tatau ape kaitan tp saje nak inform sini |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 22-12-2023 10:27 AM
Siapa tak bayar cukai, jibby ckp dia adalah pengkhianat negara
Teringat kata-kata Najib, Kerajaan tak dapat sediakan pendidikan tinggi percuma disebabkan rakyat liat bayar cukai. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayarlah sikit2 dulu. Income dia lagi banyak kut.
LHDN pulak cara pengiraan pun ntah apa2. Mcm Najib diaorang suruh bayar dulu pastu baru kira.... merepek2. Sama lah kes2 pun dakwa dulu baru siasat... bertahun2 nak habis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 23-12-2023 12:40 PM
Bayarlah sikit2 dulu. Income dia lagi banyak kut.
LHDN pulak cara pengiraan pun ntah apa2. Mcm Najib ...
Ye..aku kene dah penalti..tah ape ape..mmg tal boleh lari..kena bayar dulu.runding kemudian |
|
|
|
|
|
|
| |
|