Edited by JoyahMengayah at 22-12-2023 11:37 AM
Hubungan Mariah Carey dan Bryan Tanaka nampaknya telah terputus.
Sejak memulakan konsert Merry Christmas One and All! Tour pada pertengahan November, Bryan dilaporkan tidak lagi muncul bersama Mariah, mencetuskan spekulasi di kalangan peminat bahawa ikon pop itu telah berpisah dengan teman lelakinya.
Satu sumber memberitahu majalah PEOPLE, Mariah ibu kepada kembar yang berusia 12 tahun Morocco dan Monroe (hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Nick Cannon) bercuti di Aspen tahun ini tanpa Bryan, 40, yang secara tradisi sering menemaninya untuk percutiaan musim salji.
Pasangan itu dilaporkan sebelum ini bercuti bersama-sama di Aspen pada 2019, serta 2021. Selepas lawatan mereka pada tahun 2021, sumber memberitahu PEOPLE bahawa "Mariah nampak sangat bahagia."
Wakil kepada Mariah enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi.
Kali terakhir terakhir pasangan ini muncul di khayalak umum pada bulan Mac lalu, ketika meraikan sambutan hari lahirnya, yang dikatakan sebagai sambutan "ulang tahun."
Tahun lalu pada bulan Disember 2022, Mariah menggunakan Instagram untuk berkongsi foto sambutan Hari Krismas bersama Bryan dan anak-anaknya. “Happy Boxing Day!”, menurut kapsyennya.
|